Ku bersiaran dari Genting Highland. Petang ni masa panjang dan boleh je pergi jalan-jalan. Tapi
malaslah pasal suara dah rock semacam. Entahlah macam mana nak present esok hari. Demam kali ni on off. Mungkin duduk dalam hawa dingin walaupu berbotol air ku minum tapi badan still tak berapa nak sihat.
Ku out station. Si dia kesayangan pun out station. Hari ni la pun baru dia pergi sedangkan aku dah berhari-hari.
Tiap kali si dia kesayangan out station mesti aku jadi sedih semacam. Walhal aku pun out station juga. Tetiba jadi rindu amat sangat. Mengada kan..Em, tetiba petang ni aku jadi stress pasal nak kahwin bila baca blog kawan aku yang rupa-rupanya dia dah lama buat wedding preparation untuk wedding dia june lepas. Tapi aku ni yang nak kawen awal tahun depan rileks amat. Langsung tak ada preparation. Adoila. Biar betul aku ni. Tapi aku positifkan diri. Chewah! Aku kata dia ada cara dia, aku ada cara aku dan semua orang ada cara tersendiri. Jadi tak perlu nak mengelabah nak kalut nak panik nak stress. Insya Allah bila dah ready, benda yang baik ni Allah akan permudahkan. Amin. Tapi serius ku tak ada apa-apa preparation.
Cuma dalam kepala ni aku dah plan sikit-sikit yang cost effective dan time consuming. Misalnya door gift aku dah out source pada mak ngah buat home made choc, mak su dan mak aku out source untuk buat hantaran. Haha. Aku? Aku petik jari, buka mulut 'sayang, cash out 500 utk i. haha. Hantaran pun tak payah rumit dan banyak. Ambil yang praktikal. Setakat nak letak kasut dan hand bag setiap bulan boleh beli. erk! Orang tua memang dah banyak kali tanya bila. Tapi as usual aku akan pusing pusing cerita sampai diorang boleh fikir sendiri jawapan tu. Adik aku yang baru kerja tu pun dah tanya bila pasal dia nak simpan cuti utk wedding aku. Wow! Daku terharu. Terima kasih lah yer, mesti tak sabar nak hias bilik pengantin i kan. Jangankan famili, sedara mara pun dah ada yang serkap jarang. Bukan tu saja budak kecik umur 5 tahun pun tanya bila aku nak kawen. Adoila. Ini sepupu aku si tica tu boleh pulak dia tanya 'kak yong bila nak kahwin' Adeh. Sabar ye. Nanti I kahwin.
Bak kata dua pupu aku derang tu excited pasal dah lama sangat tunggu giliran aku. Nak tahu apa benda yang buat aku lama sangat buat keputusan nak kahwin. Nak tengok siapakah jejaka yang bertuah itew. Eceh. Jejaka itu ialah si dia..si dia yang sangatlah sabar dengan karenah aku. Si dia kesayangan yang bila tengah merajuk then aku cakap kat dia 'tak nak kawan dah' lepas tu dia jawab ' tak nak kawan tak pe. kita kahwin ok'. Haha. Si dia yang selalu complaint pasal pimples kat muka gua tapi menerima gua seadanya. Dan lain-lain lagi terlalu panjang untuk diceritakan. Apa pun semua dalam perancangan. Cuma belum sampai masa lagi untuk direalisasikan. Aku selalu berlagak cool bab bab kahwin ni tapi entahlah..jangan saat-saat terakhir mengelabah sudah. Apa pun kita merancang, Allah yang menentukan dan perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.
Awal thn depan? Cuti skolah bleh?
ReplyDeleteHaha.