Saturday, July 16, 2011

Pengalaman Pengapit

Setakat ini aku dah jadi 3 kali pengapit. 1 pengapit bidan terjun. 2 pengapit dirancang.
Jadi pengapit ni ada la juga sikit rasa bangga dan terharu denga si pengantin sebab pilih kita.
Ahak. Ye lah, kita ni bukannya cantik mana pun nak jadi pengapit. Tapi apa pun ku enjoy menjadi pengapit.

Pertama kali jadi pengapit bidan terjun. Masa tu kahwin Kak Sha, kakak lab aku di inbi*osi*s.
Aku belasah je lah. Buat-buat macam tahu je. Dah la attire tak sama tema dengan pengapit lelaki.
Aish, maklumlah. Kak Sha kahwin dengan orang seberang jadi derang tak tahu sangat adat Melayu Malaysia.

Kali kedua, jadi pengapit Leen. Ha, yang ni memang dirancang. Bila dirancang segalanya ok. Attire pun
perfect. Warna pengapit lelaki pun mengikut tema pengapit perempuan pasal dah pakat. Letih gak jadi pengapit neh. Berpeluh mengipas pengantin. Hihi. Tapi mak ikhlas nokkks. 

Kali ketiga, jadi pengapit housemate ku. Ingat nak surrender dah. Tapi pasal housemate dan kawan-kawan lain ramai yang dah kahwin jadi aku follow je.

Macam tulah siapa yang tak kahwin lagi di kalangan kawan-kawan yang ramai dah kahwin maka dia jadi pilihan jadi pengapit. Macam fara fauzana 6 kali jadi pengapit kawan dia. Pecah rekod aku rasa. Orang kata jadi pengapit lambat kahwin. Ye ke??? Aku rasa ye juga pasal aku pun tak kahwin-kahwin lagi. Kak Sha anak dah sorang, Leen pun anak dah dua. Aku macam ni juga. Anyway masa wedding Leen tu lah kujumpa mr a sebab dia jadi pengapit pengantin lelaki. kuikuikuik. Macam tu la kan, derang anak dah dua...kitorang macam ni laaaa. Hehe.

No comments:

Post a Comment