Saturday, October 22, 2011

Drama & Koleksi

Setiap Selasa aku akan allocate masa untuk nonton Cinta Elyssa.
Btw, aku memang fan FS walaupun dia banyak kontroversi tapi aku tak pernah meluat pun kat dia.
Pasal apa? Pasal aku menilai seseorang pelakon tu melalui lakonan yang dia bawa. Attitude dia di luar tu belakang kira. Boleh dikatakan setiap drama FS aku akan ikut. Ditambah pula hero muda JA. Pergh, lagilah aku layan.
Sekarang dah bosan dengan hero-hero tua. Hihi. Lepas Stanza Cinta kulayan Cinta Elyssa. Soffiyya pula kukurang layan. MUngkin sebab watak hero lelaki yang lame. Pelat kelate ado lagi la. Hihi. Walaupun lakonan TZ kusuka tapi faktor-faktor hero dan jalan cerita yang macam sesuatu je..maka ku tak layan sangat. 


Wanna share something di sini. Disember nanti cerpen aku akan keluar di Dewan Kosmik.
Cerpen sains fiksyen. Nak tau kutulis cerita apa? Sila beli Dewan Kosmik.
Alhamdullilah syukur pada Allah bakat yang dikurniakan mula membuahkan hasil.
Semoga terus-terusan begini dan tidak disiakan.


Balik cuti, pile of journal kubawa balik. Ingat semalam nak comb binding koleksi journal yang dah print. Katanya koleksi 2011. Ahaks. Penyudahnya aku hanya mampu tunaikan cek. Hujan adalah sangat lebat.
Sampai pukul 10 pm duduk-duuk saja dan dinner kat rumah N pasal mr a nak siapkan kerja dia kejap.
Balik rumah memang pengsan! Konon nak tengok movie. Nan ado. Malam ni la kotnya.


Ok peeps. Happy Weekend.

No comments:

Post a Comment