1.11.2011.
I think I should write something on my birthday :)
27 tahun telah berlalu. Pantas. Tinggi 156.5 berat 51-53 +-
Yer aku sekarang dah kurus. Itu hadiah sempena hari lahir. ekekekeke.
Tahun lepas aku hadiahkan diri aku sendiri cik swiffy. Semua tu bukan sebab aku seorang je.
Tapi dengan doa mak ayah. Sokongan kekasih hati. Tunjuk ajar para pendidik. Semuanya penyumbang kepada
apa yang aku ada sekarang. Dalam tempoh 27 tahun ni ...boleh dikatakan apa yang aku inginkan tercapai.
Alhamdullilah....Justeru aku harus membina kejayaan demi kejayaan..chewah macam tulis karangan pulak.
Maksud aku ..bina kejayaan dan kesenangan hidup untuk dikongsi bersama dengan manusia sejagat.
Bukan makan sorang-sorang je. Sepanjang 27 tahun ni aku selalu berpegang pada prinsip-prinsip berikut:
1. jangan lawan orang yang buat tak baik dengan kita. lantak dia. lama-lama nanti dia terduduk bila tengok kita.
2. buat kerja bukan untuk pujian dan ganjaran. tapi sebab tanggungjawab dan nak ringankan beban orang.
3. kalau orang kutuk apa-apa lantakkan juga. mana ada orang sempurna.
4. kalau rasa tak mampu jangan sibuk minta itu ini.
5. jangan cakap tak serupa bikin. apa yg kau kata itu yang dikota.
6. susah mcm mana sekali pun...ada orang lain yg lebih susah. jadi bersyukur dan jangan banyak komplen tak cukup itu ini dan salahkan orang lain.
7. hargailah orang yang pernah tolong kita. tapi kalau dia buat tahi kat kita...boleh belah la kau. hahaha.
8. jgn belakangkan mak ayah.
9. hidup kena realistik, berprinsip, jgn ikut sangat rentak orang, yakin.
10. ingat Allah sentiasa tahu apa yg ada dalam hati kita. jadi jangan ragu2.
Sekian terima kasih. CInta ELysssa dah start, Bubui! WHoha!
No comments:
Post a Comment