Tuesday, November 29, 2011

Berat

Sana sini baca blog perempuan aku perasan topik yang tak pernah tak ada ialah pasal nak kuruskan badan.
Memasing buat azam nak turunkan berat dan consume itu ini. Lepas tu  komplen berat tak turun-turun gaks.
Hihi. Anyway, bila aku tulis pasal diet neh bukan aku sarkastik atau nak kutuk. Entah tetiba terlintas di fikiran dan gatal tangan nak menulis.


Aku bersyukur tak ada masalah dengan berat badan. Mungkin faktor masa tinggal dengan mak dan opah kecik-kecik dulu selalu kena marah kalau banyak tido. Derang cakap banyak tido jadi gemok. Lepas tu bagi contoh gini gini. Tapi memang yer pun.  Aku sebenarnya tak suka kena bebel. Jadi layankan je la. Btw, adik aku yang sorang tu memang suka tido. Balik kerja je tido. SIkit-sikit letih layankan tido. Memang badan dia naik noksss.


Apa pun yang penting disiplin dan jangan makan ikut sedap. Ni hari-hari ko makan mahal 3x sehari manalah badan tak naik. COmpare dengan time blaja dan kerja, aku rasa makan masa time student lagi mewah compare time keje. Bukan pasal jimat tapi pasal tak sempat nak makan. Whoa! Tau je la gomen rehat 1 jam je. Tak de maknanya aku nak keluar pejabat tak tentu pasal nak makan sedap unless hari Jumaat pasal rehat lama. Itu pun aku dah taubat pasal aku malas nak layan selautan pompuan yang keluar rehat bila hari Jumaat.


Waa. Nak tidur dah. Esok dah start travel to KL sampai Jumaat. Nite eberibodi.

No comments:

Post a Comment