Thursday, December 8, 2011

Rezeki Yang Ada Jangan Kedekut

Hari ni pekeliling baru pasal skim baru dah keluar untuk orang gomen. Sana-sini dok kecoh pasal retire umur 60
tahun dan gaji. Lepas tu pasal assessment. Orang kata untunglah orang gomen. Pada aku kerja mana-mana pun untung kalau kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan gunakan konsep ukur baju di badan sendiri.
Mak ok je noksss dengan skim baru. Janji mak bule fly over the world. Kan ada moto terkenal di mar** iaitu everyone can fly with ma*di. Mak tak main-main tau nokssss. Ini cerita betul maaa.


Tapi pada aku skim baru ni tak effect banyak sangat untuk pegawai muda macam aku neh. Gaji memanglah naik.Tapi idaklah banyak mana macam JUSA. Haha. Apa pun daku bersyukur. Yang penting kena pegang..please deliver better than your payment. Pasal kadang-kadang kita tak sedar terlebih terkurang kerja yang kita buat waktu pejabat. Semalam masa dengar talk dari seorang penceramah ni cerita pasal anak dia seorang lecturer ipta.Anak dia fully breast feeding  utk 2 orang babies. Guna pam letrik tiap kali time kerja. Satu hari dia call penceramah ni aka bapaknya le. Dia tanya 'bapak halal ke susu yg saya bagi kat anak sedangkan saya guna letrik universiti." Sebak bapak dia dengar. Sampai macam tu sekali anak dia fikir. Kita semua ada fikirkah? Yang kita tahu syok je pam susu kan..untuk bagi anak. Bapak dia pun cakap "tak mengapa sebab kamu selalu bawa kerja balik rumah, stay back lewat malam siapkan kerja pejabat, marking paper student, baca thesis sampai pagi sedangkan semua tu tak ada OT." Jadi moral of the story is ....tepuk dada tanyalah iman. Sekadar renungan dan hidup ini kena saling mengingati. Itulah pesan bos aku.


Aku sendiri pun tak tau ada terbuat benda yang sama. Jadi janganlah terlalu berkira hidup neh. Dan rezeki yang ada tu jangan kedekut. 

No comments:

Post a Comment