Monday, June 18, 2012

I'll be always missing you

Perkara yang paling berat sekali nak terima dalam hidup ni ialah bila kehilangan oang tersayang.
Nak salahkan takdir tak boleh sebab itu semua kuasa Allah.
Aku tak sangka terima dugaan bila opah yang aku sayang pergi dan tak akan datang2 lagi.
Ingat lagi masa dia mula-mula nak jatuh sakit. Demam arwah opah 3 minggu tak kebah-kebah.
Aku telefon opah dan dia asyik tanya bila nak balik. Katanya nak tunggu dia mati ke baru balik.
Tapi dia dah meninggal pun aku tak ada di sisi dia. Aku jauh kat sini, pentingkan diri, berani pergi jauh-jauh
padahal dah tahu arwah opah sakit.


Aku ingat lagi masa tu bulan Feb, masa dia tiba-tiba tak sedarkan diri. Mak yang dah  jerit-jerit panggil opah tak bangun-bangun. Aku dah siap nangis kat tepi opah suruh dia bangun. Dia tak boleh cakap langsung. Suara yang keluar pun tak faham apa maksudnya. Sejak itu arwah opah terus sakit, tak boleh bangun sampailah saat dia menutup mata. 4 bulan. Kenapa sekejap sangat. Aku rasa baru je aku urut-urut kaki dan tangan dia supaya dia boleh tidur. Kalau tak buat macam tu dia mengerang sakit-sakit langsung tak boleh tidur. Ada satu tahap aku tak boleh terima arwah opah jatuh sakit terus tak boleh bangun. Padahal arwah orang yang cergas. Sana sini berkemas, masak. Sekarang ni dia dah tak ada langsung. Aku tak akan dapat rasa masak tumis ikan bilis, ikan keli dan gulai tempoyak dia. Dah lama aku tak rasa sejak arwah opah jatuh sakit.


Masa sampai sini aku on Skype dengan derang semua. Masa tu semua ada. Arwah sempat aku tengok dalam skype. Aku tak bagi tau pun kat arwah yang nak datang sini sebab tak nak dia risau. Masa kat Skype tu dia buka mata luas2 cakap, ruby pergi London ke. Aku tak boleh nak cakap apa2 kat arwah sebab aku tahan nangis. Aku tak boleh tengok arwah baring atas katil sebab aku tak sampai hati tengok arwah macam tu. Aku nak cakap yang opah tunggu ruby balik ye. Tapi aku tak tercakap. Aku cakap dalam hati. Rupa-rupanya dia tak tunggu aku pun. Aku yakin sangat yang opah boleh tunggu aku. Tapi tak juga. Janji Allah tu pasti.


Malam tadi, aku Skype lagi. Arwah tak nak buka mata. Masa tu aku hairan kenapa ramai sangat orang, pakai tudung. Budak-budak jerit-jerit nak itu ini. Biasalah budak-budak. Sebab ada aktiviti aku ckp 15 minit je. Tapi aku rasa tak sedap hati. Balik dari aktiviti aku call Mak Su. Masa tu pukul 1230 am waktu Malaysia. Waktu Cambridge 6.30 pm. Mak Su report mcm biasa pasal arwah opah, tak nak makan, minum pun sikit je. Rupa-rupanya malam tu ada baca Yaasin. Aku pun tidur macam biasa, hp off dan laptop pun off. Aku sms mak tapi tak reply. Bangun tidur waktu Malaysia 12 lebih pm, waktu sini 4 am. Aku bukan handphone dapat sms dari mak bagi tahu opah dah tak ada. Aku macam tak percaya. Melalak-lalak dalam telefon. Mak pun nangis kata tak tahu nak buat macam mana dah. Dia suruh aku sabar. 


AKu dah niah nak cuti lepas balik dari sini nak jaga arwah tapi tak kesempaian. Kalau bukan sebab surat confirm tak keluar lagi, aku dah apply dah cuti tanpa gaji 3 bulan sebab nak jaga arwah. Tapi tak boleh juga.
Dalam kelas tadi pun menangis tahan air mata. Dalam bas. Rindu kat arwah. Memang aku tak sempat nak bersama-sama dia. Lepas ni aku dah tak ada opah dah. Ada atuk je. Mesti aku teringat , sebak bila tengok opah/nenek orang lain.


Ya Allah, semoga arwah opah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.
I will be always missing u, opah :(

No comments:

Post a Comment