Saturday, September 22, 2012

Kegemaran

Haish la. Kenapa manusia suka memandang dan menyangka yang bukan-bukan bila orang tu nampak baik & rapat dengan bosssss?? Come on la. Get a live. Biasanya orang melayu yang macam tu. 
U know what, aku minta dijauhkan perasaan hasad & dengki. Aku selalu kena panggil dengan bos bukan sebab
dia sayang aku or what so ever yg berkaitan dgn favoritism. But bila people nampak aku ke sana & ke sini dgn boss mulalah assume yg bukan-bukan.

Objektif aku ialah melaksanakan tugas sebaik mungkin. Bila salah, boss tegur. Sama macam org lain. Tapi kita ni sebagai pekerja kena ada satu sikap humble walaupun kita tahu kita bule deliver kerja tu. Kita kenalah tanya boss sikit-sikit dulu. Ambil hati katakan. Ye lah, bos kan manusia. Tapi bukannya kita bodek. Bodek ni tak ada istilah dalam kamus hidup young officer macam aku. Lepas tu kita timba ilmu & pengalaman dari dia. Boss kita suka sebab dari situ dia tahu niat kita nak belajar. Sebab setiap bos yang dipilih jadi boss itu dia mesti ada wisdom. Wisdom tu ialah dia ada ilmu dan pengalaman jadi bila dia buat satu kerja, dia dah tau apa-apa akan jadi sebab sebelum ni dia dah berpengalaman dengan tugas tu. Lepas tu bila anak buah dia jenis macam gini dia dah tau da macam mana anak buah dia akan buat benda macam tu.

Lepas tu bila kita dah kerja dengan boss kita dah bole tahu boss kita suka kerja macam mana dan apa yang dia tak suka. Jadi laksanakan kerja tu mengikut SOP yang dia nak. Bukan main hentam saja. Bila salah, boss tegur, marah kata kita ni bukan kesayangan dia. Ayoyoyo. Tolonglah manusia. Silalah berubah cari kelemahan diri. Muhasabah diri. Barangsiapa yang menyangka adanya favouritisme pada boss sebenarnya bila dia jadi boss dia yang akan bersikap demikian. Sebab dalam kepala otak dia dok ingat 'oooo dia selalu jumpa boss, boss suka dia.' boss ni asyik bagi dia je keje' kesayangan boss la tuh. Adoilah. Macam mana org melayu nak maju ni.

Aku ingat lagi, aku pernah hantar email pada Prof Bakar UPM mengenai beberapa perkara termasuk isu favoritism ni. Beliau telah memberi pesanan yg sangat baik..silalah hayati kawan-kawan:


Cik  Adawiah
Terima kasih. Saya cuma ingin menyampaikan pengelaman saya.  Oleh kerana 
ilmu yang saya ada berkaitan dengan kerja dan pengelaman saya dalam bidang
akademia, saya  cuba  memanjangkan  ilmu kepada sesiapa yang berminat.
Tahniah  kpd Cik kerana berani kehadapan mengemukakan soalan-soalan
berikut. Saya rasa ini satu ciri yang  akan membantu Cik  mencapai
kejayaan di masa hadapan

> 1. Dalam bidang
 penyelidikan ada masa turun-naik. Ada kalanya saya jadi
> putus asa bila eksperimen tak menjadi dan analisis data tidak memenuhi
> hati penyelia. Jadi bagaimana caranya untuk saya mengekalkan motivasi diri
> supaya tidak mudah putus asa dan sentiasa bersemangat dalam membuat
> kajian?
Keadaan ini adalah  biasa dalam  proses penyelidikan. Yang penting apakah 
komitmen kita. Sebab itu  saya telah menyatakan komitmen itu mesti 90%.
Jika kita ada komitmen  apa jadi pun kita akan teruskan usaha. Penyelia
sendiri mempunyai  peranan memberi peransang dalam situasi yang  rumit.
Jika Cik  memberi tahu masalah Cik kpd beliau dengan jelas, tentu  boleh
dibawa berbincang. Masalah saya ada pelajar yang bermasalah yang
menghilang diri dan tidak mahu berbincang. Jadi tak boleh maju ke depan.
Kawan seperjuangan dapat juga membantu memberi kekuatan. Kadang kala
masalah  penyeldikan dapat diselesai jika kita  berbincang
 dengan rakan
sekerja.


> 2. Dalam satu kumpulan penyelidikan tidak semuanya sekepala dan sebulu.
> Jadi bagaimana kita boleh mengekalkan hubungan yang baik ini? Maksud saya
> dari segi kerjasama dan perkongsian ilmu. Hal ini kerana, ada segelintir
> kecil ahli kumpulan yang seolah-olah tidak komited dengan kerja. Datang
> lab tidak berkerja dengan serius. Bukan bermaksud hendak menyibuk dengan
> kerja orang lain, tapi ada kalanya rasa kasihan terhadap bangsa sendiri
> yang telah diberi peluang baik tetapi mensia-siakan peluang itu.Perlukan
> isu sebegini dibawa kepada penyelia?

Kalau ada pelajar sebegini lambat laung ia akan dapat dilihat, kerana
hasil kerjanya akan  gagal mencapai  matlamat. Kita boleh bawa berbincang,
dan penyelia boleh dimaklum secara 'subtle' pada peringkat awal. Tetapi
jika  perangai pelajar ini menggugat  prestasi kerja Cik, atau 
mempengaruhi ahli
 makmal lain, penyelia perlu diberitahu

>
> 3. Bagaimana caranya untuk kita 'impress' penyelia dengan kajian
yang kita
> jalankan?

Tak payahlah cuba impress penyelia. Buat kerja dengan ikhlas. Saya suka
pelajar yang komited dan berani. Ada pelajar yang saya tahu kurang asas,
tetapi rajin berusaha...jika  penyelia dilunggukkan dengan hasil kerja
yang  banyak tentu dia  akan merasa kagum. Kalua salh boleh dibetulkan.
Jangan banyak cakap lebih dari kerja. Mesti berani mencuba. Ada pelajar
yang cakap Inggeris tonggang langgang tapi berani bercakap, sanggup 
terima kritikan, dan terus bercakap.

###soalan nombor 3 ni berkaitan dengan favoritisme. sebab nak impress ialah sebab nak baik dengan boss/penyelia. itu yg jadi salah tu. pendek kata ikhlassssssss.

oklah kawan-kawan itu saja. Aku kira Prof Bakar ni turut mendoakan aku, jadi Alhamdullilah sekarang aku dah berada pada satu tahap yang aku nak. Cuma aku ada tahap yg aku nak lagi. Sila doakan kawan2. Amin...

No comments:

Post a Comment