Friday, September 7, 2012

Whatever it is dah jadi laki orang pun

Do miracle happen in life?
Yes & No. Alhamdullilah jika miracle happen pada anda.

Alhamdullilah, hari ni aku berjaya melepasi thesis defend yg dah lama aku nantikan.
Jujurnya aku tak well prepared. Aku tak tahu kenapa kerja nak tidur je masa nak dekat-dekat viva.
Walhal sebelum tu tak pun :(

Apa pun, kalau itu telah ditetapkan rezeki oleh Allah, maka itulah rezeki utk kamu.
Komen banyak ke, sikit ke, hentam depan belakang ke, telan sajalah.
Sebabnya it's a learning process. Jadi researcher tak mudah. Well, jadi apa pun tak mudah.
Jadi aku bersyukur juga ada pengalaman thesis defend sebab pemeriksaku adalah sifu-sifu yang telah banyak
memberi teguran membina. Tapi ada juga yang aku hangin, but lebih pada SV aku. Pasalnya...biarlah rahsia.
So esok kena senaraikan kembali kesalahan dan perkara yang perlu diperbaiki.
It's worth!

Balik rumah tengok The Astronaut's Wife. Ralit sampai lupa yang petang ni ada open house rumah kanak-kanak riang di bangi. Sambutan ala2 artis sambut aku. Maklumlah baru lepas viva. Haha. Seterusnya aktiviti bergosip pun bermula. Geng-geng MGI ada juga dok ralit layan karoot komedi. Aku jadi segan sebab masuk rumah tu buat kecoh. Tapi lelaki2 itu adalah junior2 aku saja. Hihi.

Cuma hati aku tersentuh sikit la bila sorang mamat ni datang beraya sekali. Satu batch dengan aku buat master cuma SV lain-lain. Tahu-tahu je dia dah kahwin datang bawa isteri. Melepas..dulu ada la juga usha2 dia ni sebak tengok stok budak baik. Pendiam. Jenis lelaki yang aku suka. Tapi apakan daya, bukan jodohku. Ahaks..kalau tak aku dah kahwin dengan pensyarah muda ukm. hihi. Dari cerita budak-budak ni kata thesis dia excellent. Sekarang tgh prepare nak pergi oversea sambung PhD. Whatever it is dah jadi laki orang nak jadi bapak orang pun! Hidup perlu diteruskan. Haha.

Iye, hidup perlu diteruskan. Within 1 month aku struggle lengkapkan thesis ni. Kemudian aku kena buat pelan tindakan utk tahun depan. Insya Allah.

QUote terbau dari aku : 
dear single lady, everyone is busy reproducing more babies. let us reproducing more articles & journal!


No comments:

Post a Comment