Monday, January 21, 2013

Dua Perkara

Perkara I
Masuk hari ini hari ketiga aku menghadap benda yang sama.
Hari ketiga ni aku rasa nak muntah.
Tapi aku perlu bertahan sebab by hook or by crock aku kena habiskan.
Lepas siap aku dah boleh mula dengan benda dan perkara lain-lain.
AKu ambil cuti seminggu semata-mata nak siapkan benda ni.
Wah, sungguh bermakna benda itu. Nanti bila dah siap akan aku dedikasikan peristiwa ini dalam blog menjadi lipatan sejarah hidupku.
Benda ni siap macam-macamm hal lain aku boleh buat. Seribu satu hal. Hihi.

Perkara II
Pada setengah individu/famili yang sibuk akan pilih makan di luar.
Letih, tak sempat dan nak cepat merupakan antara faktor makan di luar.
Tak kisahlah pasal itu hak individu. Cuma aku harap hati-hati masa memilih gerai, restoran, tukang masak, tukang jual dan juadah makanan.
Penting bukan saja dari segi kebersihan tapi juga kesucian jiwa.
Pernah tak korang fikir tak nak beli pada penjual yang pakai subang di telinga? Merujuk pada lelaki. Tukang masak yang pakai rantai di leher? Merujuk pada lelaki. Bangladesh yang jual nasi ayam. Tergamak tak korang beli dengan orang-orang macam ni??
Aku pernah terbaca, antara salah satu sebab umat islam susah nak kekal dalam iman dan gelap hatinya ialah faktor makanan. Makan benda haram tu satu hal. Kita ketepi dulu yang itu sebab benda tu dah jelas. Tapi pernah tak korang terfikir makan makanan  tukang masa/tukang jual yang tak solat boleh gelap jiwa?  Sejak akhir-akhir ni aku dah jadi teliti bila beli makanan di luar. Aku tengok orang yang jual. Aku tak sanggup beli makanan yang bangla jual walaupun aku tahu owner dia Melayu. Aku tak sanggup beli makanan pada mamat remaja yang berwajah ganas dan memakai rantai di leher. Pernah aku terbeli dengan orang macam ni. Memang aku tak makan mee tu. Tak lalu. Tapi aku berdosalah sebab membazir rezeki. Jaga kesucian dan kebersihan makanan tu adalah ibadat dan tanggungjawab muslim. Chewah, macam ustazah pula. Tapi betul apa. Makanan bukan setakat halal tapi perlulah suci. Tapi aku tengok orang Islam ni ambil mudah pasal hal macam ni. Tak pandai nak guna kuasa pengguna bila membeli. Kadang-kadang tak ada logo halal pun main belasah beli juga. Aku susah sikitlah nak makan masakan yang indon masak melainkan orang jawa malaysia masak masakan indon. Orang siam kelantan masak aku makan. Memang agama ajar kita jangan buruk sangka dengan orang. Manalah tahu kalau pakai rantai tapi dia solat. Logiknya, kalau orang yang solat dia takkan pakai rantaikan....Jadi first impression itu penting. Betul tak? Itu yang pertama kita tengok sebelum buat pilihan. Pilihan di tangan anda. Aku cuma nak berpesan saja. Tapi kalau korang masak di rumah...lagi bagus :)

No comments:

Post a Comment