Wednesday, April 22, 2009

Aku Mahu Pulang

Saya ada 4 orang adik.
Kesemua mereka ialah perempuan.
Sekarang mereka semua berada di home sweet home.
Saya di mana?
Hanya saya saja yang jauh dari rumah :(
Saya masih di Bang*i.
Saya mahu pulang.Memeriahkan suasana di rumah.
Baru sebulan saya tidak pulang, Opah dan ibu saudara asyik bertanya bila saya akan pulang. Sukanya :)!
Tapi apakah daya, bebanan tugas menuntut saya untuk terus di sini sehingga cuti hari pekerja.
Yeay! Saya tidak sabar menantikan hari tersebut.

Membaca adalah kunci dalam penyelidikan.
Benar atau tidak?
Saya jawab benar. Tapi sila jangan merujuk pada bacaan komik.
Maksud saya pembacaan jurnal.
Sila jangan anggap Encik Google yang genius itu mampu memberikan 100% maklumat yang tepat pada kamu.
Encik Google hanyalah sebagai pemberi alamat kepada kamu mencari kunci kepada 'rumah' yang kamu mahu.
Selebihnya kamu harus berfikir rumah mana yang sesuai dan isi rumah yang boleh kamu ekstrak.
Ada kalanya manusia ini mahu jalan mudah. Mahu cepat senang. Benar, kerana itu memang fitrah manusia.
Namun untuk setiap kejayaan itu tiada jalan mudah. Jalan sukar yang kerap kamu tempuhi.
Apa pun, good luck!


No comments:

Post a Comment