Tuesday, April 21, 2009

Cerita Tentang Membaca

Bulan April , Mei dan Jun.
Bulan yang rasa semput, tak cukup nafas dan tak cukup otak untuk siapkan kerja.
Kenapa?
Kerana aku mengejar sesuatu dalam hidup, sesuatu yang bakal membawa perubahan dalam hidup ini.
Aku ingin menemui kejayaan dalam setiap kerja yang aku usahakan.
Semoga segalanya berjalan lancar.
PadaMu Tuhan aku pohon kekuatan dan kemudahan.
Ameen.

Seperti KLIAB tahun-tahun yang lalu, peluang ini memang tidak aku lepaskan.
Berhujung minggu di PWTC.
Melepas dendam setelah berbulan-bulan tak membeli buku semata-mata ingin menantikan pesta buku kali ini.
Orang jangan cakap, macam ulat. Tapi oklah tu, sekurang-kurangnya dapat buktikan yang rakyat Malaysia ni minat untuk membaca.
Cuma yang aku sedikit kesal buku-buku dari penerbitan antarabangsa masih lagi mahal.
Kalau di UK mesti dapat murah. Nampaknya terpaksa studi di UK, Germany untuk dapatkan koleksi yang aku sukai dengan harga yang berpatutan.
Hihi..

Berkata tentang membaca betulke hanya 3% sahaja rakyat Malaysia yang gemar membaca? Aku dapat statistik ni pun dari Buletin Utama. Apa pun, hanya jauhari yang mengenal manikam. Kita dapat kesan seseorang yang kurang membaca tu melalui perbualannya. Aku penah terbaca orang yang kurang membaca bila dia bercakap, cakap kosong. Kita boleh bezakan perkara ini. Itu pun kalau anda sedar.

Apa yang saya beli?
Majalah kosmik keluaran lepas-lepas.
3 buah novel dari Jemari Seni.
Komik Lat.

Berbaloi. Cuma satu saja. Saya tak puas hati dengan harga buku rujukan yang sangat mahal! Terpaksalah memilih e-book- yakni download dari internet.
Haish! Tak suka la.

No comments:

Post a Comment