Di luar hujan turun gerimis.
Sejuk dan sangatlah bagus menarik selimut.
Tapi..ada banyak sangat benda yang aku belum selesaikan.
Well, put it aside for a while.
Saja nak kongsi cerita dengan semua.
Aku pernah hadiri satu seminar bagaimana nak menjadi penyelidik yang berjaya.
Seorang professor dari U*M dan kebetulan SV kawan aku.
Sangatlah suka dengar seminar dia kerana gaya penyampaian yang berkesan. Cerita dia pun tak terlalu mendatar. Seperti biasa ada sesi soal jawab.
Macam selalu budak Melayu memang tak suka tanya soalan. Bukan pasal tak tahu tapi takut kena dumb! Realiti macam tu mungkin ada. Sebab aku pernah kena. Dengan orang Melayu lagi! Macam si*l. Aku tanya elok-elok nak tahu tapi dia pergi dumb aku. WTH!
Padahal mat saleh yang selalu jadi visiting professor tu sikit pun tak pernah kategorikan soalan2 silly mistake.
Ok, bukan itu ceritanya. Disebabkan aku fobia sebab pernah kena dumb , aku berani hantar email je kepada Prof tu. Aku sangat teruja nak tanya dia sebab dari pengamatan dan cerita-cerita dia aku yakin dia sudi jawab soalan aku tanpa dumb orang.
Lagipun aku nak tengok pandangan dari pensyarah/penyelidik lelaki. sementelah...sekeliling aku ramai bos perempuan.
1. Soalan klise aku: macam mana nak motivate diri (ringkaskan je soalan kat sini, kat email haruslah sopan dengan gaya UKM..hihi)
*Keadaan ini adalah biasa dalam proses penyelidikan. Yang penting apakah
komitmen kita. Sebab itu saya telah menyatakan komitmen itu mesti 90%.
Jika kita ada komitmen apa jadi pun kita akan teruskan usaha. Penyelia
sendiri mempunyai peranan memberi peransang dalam situasi yang rumit.
Jika Cik memberi tahu masalah Cik kpd beliau dengan jelas, tentu boleh
dibawa berbincang. Masalah saya ada pelajar yang bermasalah yang
menghilang diri dan tidak mahu berbincang. Jadi tak boleh maju ke depan.
Kawan seperjuangan dapat juga membantu memberi kekuatan. Kadang kala
masalah penyeldikan dapat diselesai jika kita berbincang dengan rakan
sekerja.
komen aku: motivasi diri tu penting, jgn stress sangat buat research ni, enjoy every single time masa you buat research, you kena ada minat, bila ada minat-fokus, bila da fokus..you enjoy apa yang u buat..(memetik sebahagian nasihat SV aku). Pelajar malas berbincang? Well, aku belum pun layak jadi SV tapi aku boleh nampak senario ni. Ntah apa la penyakit. Agaknya dah jadi trademark budak sekarang, spoon feeding. Tunggu kena panggil baru nak datang. Walhal boleh je hantar progress report atau emailkan masalah bila-biila masa. Bukan senyap je...pastu tengok TV3.com dalam lab. huh!
2. Macam mana nak impress SV?
Tak payahlah cuba impress penyelia. Buat kerja dengan ikhlas. Saya suka
pelajar yang komited dan berani. Ada pelajar yang saya tahu kurang asas,
tetapi rajin berusaha...jika penyelia dilunggukkan dengan hasil kerja
yang banyak tentu dia akan merasa kagum. Kalau salah boleh dibetulkan.
Jangan banyak cakap lebih dari kerja. Mesti berani mencuba. Ada pelajar
yang cakap Inggeris tonggang langgang tapi berani bercakap, sanggup
terima kritikan, dan terus bercakap.
Komen aku: plop2...bubly kejap..hihi. sungguh! kerja biar ikhlas..dalam ikhlas ada keberkatan..dalam berkat tu..insya ALLAH semua kerja kita menjadi. ..kadang-kadang aku pun ada rasa nak buat sesuatu sebab tarik perhatian orang..hai la..tak elok tu Cik B. ..berani mencuba.yer! kena sebab kalau tak berani macam mana nak out standing and convince kan orang luar..macam mana nak buktikan research yang kita buat ni betul dan diterima ramai.
Itu je la nak kongsi.
~daa
No comments:
Post a Comment