Sunday, May 24, 2009

Cerita Hujung Minggu

Hidup tanpa teman memang rasa sunyi. Tapi kalau ada orang jenis biasa sorang-sorang memang tak jadi masalah. Cuti hujung minggu macam biasa dikelilingi oleh teman-teman. Mula-mula memang ingat tak ada agenda. Dalam perancangan kononnya nak habiskan baca jurnal yang telah dicetak Jumaat lepas.
Tapi kalau dah namanya hujung minggu memang tak lekat duduk rumah.

Jumaat malam tengok Wolverine dengan Yana. Woow! Logan is so hot! Huahuahuahauahau. Bagi aku cerita ni menarik dan tak membosankan walaupun kitaorang lewat 5 minit. Apa yang boleh aku simpulkan di sini ialah di setiap kejayaan dan kekuatan si hero pasti ada wanita yang berdiri di belakangnya. Hihi. Tak percaya?? Betul...cuba korang tengok Iron Man, Shopaholic, Spiderman, Cicakman dan Australia.

Sabtu pula pergi kenduri kahwin Amal. Sekarang ni nak dekat musim cuti sekolah majlis perkahwinan memang berderet. Kadang-kadang satu hari boleh jadi 3,4 majlis. Majlis kahwin Amal memang meriah. Aku, Leen dan P-nat (pengapit Amal) sakan bergambar di rumah. Padahal, tetamu di dewan jenuh tunggu pengantin nak sampai. Habis tu camne pengantin lelaki nya pun tak sampai lagi. Jadi kami pun layaaaaaaannnn kamera. Haha, demi kawan-kawan kita meriahkan suasana. Baru terasa hari bersejarah tu indah dah kekal dalam ingatan. Sabtu malam melepet duduk rumah rehat.

Hari ni Ahad kononnya nak masuk lab. Tapi ada panggilan dari Yana the shopaholic..hahaha. Jadi kami ke SACC membeli baju kurung untuk Yana pakai semasa jadi best lady perkahwinan kawan dia. Aku pun layan je la suasana kat SACC. Rambang mata! Paling aku suka koleksi sutera chiffon dengan corak abstrak dan warna yang terang. Em, itu memang jadi idaman. Baru aku tahu SACC banyak butik dengan koleksi pakaian yang menarik. Kualiti pun bagus. Tapi kena hati-hati juga supaya dengan setiap pembelian kita tu berbaloi dengan kualiti kain. Ah, kalau cerita bab kain memang tak habis. Apa pun aku kagum dengan mereka yang mencorakkan sutera chiffon ni. Sungguh eksklusif dan anggun sekali.

Esok Isnin. Harap jangan Monday blues. Mula kerja dengan semangat! Insya ALLAH.

No comments:

Post a Comment