Friday, May 8, 2009

Hari Ini Punya Cerita

Letih.
Pergi Tesco beli barang untuk picnic esok hari. Malangnya tiada servis untuk marinate ayam BBQ. OMG. Matilah aku balik rumah kena cuci ayam 2 ekor dan buat bahan perapan. But thanks God. Ada Za dan Sarah yang mebantu. Letih pun letih la..Hairan aku seketika tetiba dah tak boleh marinate ayam macam 2 tahun lepas. Balik Tesco, makan kat mapley kejap. Lepas tu singsing lengan buat persediaan picnic esok. Buat pertama kalinya aku belajar marinate ayam. Sebelum ni marinate kat Tesco jer. Yer, perempuan 'rajin' macam aku memang begitu. Tapi kalau aku rajin, memang rajin sungguh! Hahaha. Maaf bukan iklan promote diri. Siap semua aku landing atas tilam. Wah terasa nikmat!. Alamat Isyak belum kutunai..mandi pun idak.


Nasib.
Sekali lagi hari ni mujur tak menerima 2 kali kecelakaan di jalan raya. Bukan salah aku! Tapi aku tak faham kenapa kereta besar terus meluru keluar tanpa melihat kereta comel ada di atas jalan. Nyaris tak accodent. Aku dah naik takut. Aku harus buat sesuatu. Mandi bunga? Entahlah..karut saja. Tapi sekarang aku memang fobia nak memandu gara-gara peristiwa tersebut. Apa buta ke mata mereka?? Atau aku yang salah? Serius aku gentar nak memandu esok hari. Kita ni punyalah hati-hati semasa memandu. Tapi salah orang lain kita jadi mangsa. haish. Nauzubillah..

Love.
Adik aku nak bertunang tak lama lagi. Dan tahun depan dia nak kahwin. Aku? Biasalah, selagi aku rasa aku tak jumpa lagi si dia, jangan harap aku nak kahwin. Haha. Langkah bendul. Itu sudah pasti. Aku tahu nanti mesti aku jadi hot stuff kat kenduri dia. Bukannya dia. Muahaha. Perasan siot! Yer la, kakaknya bila lagi. Nak makcik tolong carikan. Terima kasih daun keladi. Saya boleh cari sendiri. Hihi. Aku tak kisah pun, walaupun middle, right and left married. Kita ni tak rasa apa. Cuma orang tua je risau. Ala, kalau jodoh tak kemana. Tapi aku rasa sengal juga bila sembang dengan dia. Aku nak kahwin kat Malaysia Hall dan dia di Mara Council ..miahhahaha..Boleh pula kami layan benda macam ni. Aku bukan memilih tapi cerewet. Apa kes? Bukan benda yang sama ke. Sama tapi tak serupa. Aku tak punya impian setinggi everest. Tapi cukuplah bagi aku merealisasikan impian yang aku idamkan. Dah dapat semua..ALhamdullilah. Kalau masa tu baru nak bertemu jodoh, aku pun tak kisah. Pada aku hidup tanpa cinta manusia masih boleh. Tapi kalau tanpa cinta ALLAH, mana kau nak pergi dik non! Mahu meratap pilu menangis sayu. so, kepada teman-teman yang tak sabo nak makan nasi minyak aku...sabor je la eh. Ada rezeki aku jemput la korang. Tapi mana lau tau kot2 aku kahwin kat Malaysia Hall ke ..korang nak ke datang ke sana? Hahha..

No comments:

Post a Comment