Deruan air sungai dan desiran bayu sungguh memberi ketenangan.
Semalam tak sangka rancangan so called family day bioinfo kami menjadi.
Sebelum ni macam-macam dirancang. Tapi rancangan kali ini menjadi. ALhamdullilah.
Mana tidaknya hujung bulan 12 ni memasing nak habis. Jadi apa salahnya kalau ada sweet moments to be remembered between us.
Sungai Congkak menjadi saksi. Sebelum ni aku agak liat sikit nak mandi sungai. Segan kononnya. Tapi kalau dengan famili aku bantai saja mandi. Semalam, aku tak kira nak mandi juga. Yeay! Sangatlah syorga. Air sungai yang sejuk...Kami pilih port yang baik sesuai untuk BBQ dan mandi. Kebetulan budak perempuan yang mandi bertiga je. Aku-Sue-Mek Chah. Yang lain tu bukan tak mau, tapi keadaan tak mengizinkan..ehem..ehem..Maka, mereka pun jadi tukang BBQ.
Seronok usah ingatlah, tak tahu nak cakap macam mana. Perak sungguhla. hahaha. Kebetulan kawasan kami ada familii yang bawa anak-anak dia mandi. Yang tu buat suasana ceria. Kanak-kanak tahulah macam mana dia orang jumpa air kan..
Dulu masa aku di maktab selalu tak ada air. Jadi bila tak ada air cikgu bawa kami satu bas mandi kat air sungai. Sejuk, bersih dan dingin. Kadang-kadang aktiviti homeroom pun buat di air terjun atau lata. Disebabkan selalu pergi taklah jadi perak sangat bab-bab mandi air sungai, terjun ni. Seronok tak usah cakap. Kawasan tu pun bersih dan terpelihara. Tak kotor pun hatta masuk percuma. Tapi sekarang ni kalau kat tempat lain, misalnya semalam, dah bayar pun ada juga orang yang tak reti bahasa buang sampah merata-rata. Haish la.
Pengunjung pun ramai, kira meriahlah Sungai Congkak tu semalam.
Apa pun aku tetap enjoy dengan aktiviti semalam. Dan hari ini aku enjoy aktiviti dalam pintu (indoor) pula.
No comments:
Post a Comment