Tuesday, May 26, 2009

Manipulasi

Untuk pertama kalinya dalam hidup baru aku sedar aku telah dimanipulasi oleh orang demi kepentingan sendiri. Huh! What a bad thing. Serius aku memang tak sangka pertolongan yang aku berikan telah disalah gunakan untuk kepentingan. Lepas ni aku malas dah nak tolong orang. Lantaklah orang nak kata kedekut ilmu ke apa ke. Janji aku tak akan kena lagi lepas ni. Manusia ni suka benar naik ke atas tapi pijak kepala orang lain. Tekan kepala orang bawah. Itu realiti yang selalu aku nampak. Sebelum ni aku tak pernah rasa aku dimanipulasi. But for this time, baru aku rasa dan sangat-sangat sedih. Nak nangis pun ada. Nama aku pun buruk. Dan aku rasa demotivated to come to the lab. So far I don't have bad reputation even my working culture is still good. Plus I don't mess my work with illegal things. Biasalah tu YM, Facebooking and blogging masa kerja.Bukannya aku sepanjang masa main game atau buat benda lagho ni. Haha..tapi satu je yang aku tak akan buka masa dalam lab..You Tube and TV3.com. Aku ni bukannya skema pun. Benda-benda ni aku akan mulakan bila time lunch. Masa otak dah tepu. Tapi aku tak tahu karma apa yang aku kena sampai nama aku jadi buruk. Aku dilabel sebagai tidak setia dengan ketua. Huhu..what to do..mungkin ini sebagai satu pengajaran kepada aku supaya lebih behati-hati dengan manusia. AKu pula jenis tak pandai nak manipulasi orang dan kata-kata. Bagi aku straight to the point. Bercakap jujur. Apa pun semoga lepas ni aku semakin berhati-hati apabila berhadapan dengan orang yang pelbagai ragam.

No comments:

Post a Comment