Thursday, May 28, 2009

To love somebody is to take a risk

Betul ke...to love somebody is to take a risk??
Sebenarnya aku dapat pernyataan ni dari blog sorang kawan aku.
Bila kita mula sukakan seseorang..dan dia tu selalu muncul dalam hati kita..selalu bermain dalam fikiran kita..hidup pun dah mulai berubah..
Dari periang jadi terlalu periang. Dari pasif..tiba-tiba kita jadi sedikit ceria. Lama-lama pandai melaram..pakai baju cantik-cantik, make up sket..pendek kata bila kita sukakan seseorang kita akan jaga penampilan diri.
Dan yang dasyatnya bila kita tahu dia suka dan minat sesuatu..kita pun secara tak langsung akan suka kegemaran si dia. Walhal sebelum ni...kita langsung tak minat dengan perkara tu. Sebelum ni kita tak suka Man U..tetiba je kita suka Man U..Sebelum ni kita rasa menyampah sangat bila tengok Savvy. Tapi sebab si dia pakai Savvy, tiba-tiba jadi kagum pula dengan kecomelan Savvy tu. Hahaha, semua yang aku tulis tu pernah aku rasa. Alangkah indahnya bila waktu kita menyukai seseorang.Tapi paling perit bila kita nak luahkan perasaan tu...ibarat mutiara dalam mulut. Payah benar untuk kita kata 'sebenarnya saya sukakan awak.'
Huh, kenapa ek? Sebab kita takut menerima kegagalan. Kita takut malu bila cinta kita ditolak. Itula risikonya bila kita sukakan seseorang. Walaupun saat itu indah tapi risikonya ialah kita mungkin tak dapat memilik cinta itu. Jika kita tak bertepuk sebelah tangan..mahu senyum sampai ke telinga..senyum tak sangga sambil tengok skrin komputer..orang pun pelik tengok kita senyum sorang-sorang..hahaha.
Pendam perasaan ni jiwa dibuatnya. Tapi bila kita lepaskan..percayalah..lapang je dada ni. Walaupun cinta kita ditolak..sekurang-kurangnya kita tahu jawapan dari si dia..Lebih baik dari kita menyimpan rasa lepas tu tertanya-tanya..dia suka ke kat aku? Ke dia tak suka? Hihi.
Buat mereka yang sedang bercinta..selamat berbahagia..
Buat mereka yang maish mencari cinta..teruskan usaha..
Buat mereka yang sudah menemui cinta dan telah disatukan..tahniah, semoga berkekalan..
Ingatlah..hidup ni sebenarnya buat apa pun ada risiko..
Yang penting chill!

3 comments:

  1. aku agree... angkat kaki menyetujui statement itu.. hehe

    ReplyDelete
  2. make sure kaki tu tak busuk..hahaha..

    ReplyDelete
  3. hahah... x busuk sgt... cuma baru lepas tanggal kasut yg lembab n stokin yg dh seminggu.. hahah :)).. orait arr tu...

    ReplyDelete