Monday, June 22, 2009

Aktiviti

Hujung Minggu.

1. Bergumbira bersama ex UM dan ex QB. Sambut hari lahir Kak Aarpah dan Sani di Kenny Rogers.
Kononnya aku ni tak join . Ala-ala suprise gitu. Tapi kantoi juga. GMT aku dan Kak Mas memang tersasar.
Janji 8.30pm di MetroPoint Kajang. Lewat sejam. Ambil Kak Mas di Ampang. Adeh, tahu-tahu je lah jalan MRR2 tu macam mana. Jalan balik ikut short cut Kak Mas. Cepat. 20 minit saja! Selalu Sani yang lambat-kata diorang. Tapi kali ni GMT dia awal dow! Duuh, habis Kak Mas kena perli dengan diorang. Aku rilek je. Hehe. Ini kali pertama bag aku sambut birthday Kak Pah. Lepas penat makan apa lagi, sesi karok bermula. Seperti biasa, 'bapak karok' Sani control lagu. Memang sengaja dia nak kenakan 'kakak-kakak' ni. Harusla kan 'kakak' sebab aku yang paling muda. Hihi. Jangan marah ye kakak-kakak semua. Apa pun malam Sabtu itu sangat meriah dan gembira bersama kalian.

2. Berlaku kejadian yang tak diingini. Adeh, aku sangatlah bersedih bila plag adapter 'spark'. Bermakna adapter rosak dan tak boleh guna untuk charging MacBook. Aku tak tahu kenapa tapi mungkin ada kaitan dengan extension. Masa charging aku guna MacBook dan penggunaan bukan pada plug utama. Lepas tu terpaksa ke Machine Mid Val untuk beli adapter baru. Agak costly. Tapi rasa syukur sangat-sngat sebab SV kata boleh claimed. xoxo :) After this aku akan sentiasa berhati-hati. Charging when Mac is not in use. Lagi satu kelemahan, adapter dia cepat panas bila charging bila keadaan tak ada air cond. Sebab aku perasan bila aku charging di lab, adapter tak panas. Mungkin suhu pengecasan sekata dengan suhu persekitaran. Dan lepas ni juga aku tak akan charging guna extension.


3. Futsal. Thanks to Yana for inviting me join futsal setiap malam Isnin. IKR*M ada buat karnival sukan. Makanya diorang kena la praktis untuk main. Team diorang memang pergh. Malam ni aku rasa paling letih. Tapi stamina ada lebih sikit berbanding last week. Malam ni sepak bola tak kuat sangat. Dan pesongan sepakan memang hampeh. Mungkin tersalah urat peha masa warm up kat padang PKNS. Adeh, tapi aku main juga cuma tak ekstrim. Lagi pun nasib baik si Taha-Sarah belikan pelega otot. Jadi ada la kurang sikit sakit tu. Aku join futsal ni pun sekadar untuk suka-suka. Plus da lama tak bersukan. Serius lama tak main. AKu bukan jenis suka jogging-jogging ni. Sakit badan meh. Ala, korang pikir la sendiri bila aku jogging sakit tang mana. Ahaks. Kak Tasha teammate Yana memang terror main. Anak dah 3 tapi body , mak i...slim gitu. Bawa kelisa cam aku. Hihi. Nanti aku da kahwin macam dia la. Ahaks. Malam ni dia bawa anak dia main. Tapi anak no 2 dia dok melekat tak bagi Mama dia main. Hihi. Terpaksa la Kak Tasha lepas banyak game malam ni. Malam ni juga Yana bawa jiran dia pemain amatur. Wah, gelecek bola memang bagus. Mula-mula main, aku chuak. Tak berani nak main kasar, Tapi mana tahan kalu asyik bolos je. Masuk 3rd round aku jadi defender. Tak larat jadi striker plus sepakan malam ni kalau lelaki tengok memang kena gelak je. Hihi. Apa pun aku enjoy. Ok la, mau pergi mandi. Mata pun mengantuk sudah.





No comments:

Post a Comment