Masuk ke dalam bilik, Mia terus menghidupkan penghawa dingin. Cuaca sekarang asyik panas sahaja. Tak kira masa. Malam pun tidur dengan peluh yang membasahi tubuh. Selepas meletakkan barang di atas meja belajar, Mia terus merebahkan diri di atas katil. Mia penat. Letih menggunakan otak dan fizikal sepanjang hari ini. Hai, sedapnya kalau dapat lelap. Tapi Mia masih belum mandi. Tak sanggup pula dia tidur tanpa membersihkan diri terlebih dulu.
Tok! Tok!. Pintu bilik diketuk. Aish, siapa pula yang datang ni. Baru je Mia nak bersantai-santai ada pula yang mengganggu.
"Masuk". Mia jerit saja dari dalam bilik.
Sesusuk tubuh tinggi lampai masuk ke dalam bilik Mia.
"Mia, tidur dah." Tegur Maya.
Mia membuka mata.
"Tak lah. Mia saja baring-baring. Kenapa? " Tanyaku sambil mata terpejam.
"Ala, bukalah mata tu. Baru ada komunikasi berkesan." Maya merengek.
Aduh. Manja benar dia ni. Lambat-lambat Mia buku mata yang terpejam.
"Jom, teman Maya ambil Papa di KLIA malam ni."
"Pak Husin kan ada. Mia letihlah. Lagi pun ada kerja nak siapkan."
"No, I promise with Papa to fetch him. Jom la."
"Tu la, siapa suruh Maya pandai-pandai offer diri. Maya ajaklah Pak Husin yang pergi."
"Ala, malam ni ada suprise untuk kita. Sebab tu Maya nak ambil Papa sendiri."
"You go. I won't. Mia rasa lebih selesa tunggu di rumah."
"Come on , Mia. Please..nanti Maya takut nak bawa kereta sorang-sorang."
Mia jeda sebentar. Susah benar nak suruh Maya ni faham perasaan orang.
"Pukul berapa?" Tanya Mia bingkas bangun dan mengambil tuala dengan segera untuk masuk ke bilik air. Itu dah jadi isyarat yang dia mahu menamatkan perbualan. Atau Mia mengalah?
"Hoyee!. Lepas Isyak kita pergi. Papa sampai dalam pukul 10 malam."
"Ok."
Dengan senyum lebar Maya keluar dari bilik. Dalam hati Mia mengeluh. Bertambah lagi kerjanya. Tak apalah, dia memujuk hati. Bukan selalu begini. Untuk lebih rileks, Mia isikan air dalam tab dan mencampurkan aromaterapi ke dalam air. Biar badan rasa segar dan bertenaga. Sejak sibuk dengan kerja penyelidikan ni Mia rasa banyak perkara yang dia tak sempat buat. Asyik duduk di dalam makmal saja. Ya lah, mana tidaknya. Setiap minggu penyelia mahukan laporan kemajuan. Setiap minggu mesti nak results baru. Jadi hari-hari kena turun lab dar pagi sampai ke malam. Kalau nasib baik sebelum pukul 5 boleh pulang. Siapa kata buat Ijazah Sarjana ni senang? Tadi tengah hari Mia jumpa Aaina kawan sekursus dia semasa di MU. Mia tengok kasut Aaina hampir koyak. Aduh, tengok tu..saintis tak sempat nak shopping kasut baru. Terpaksa pakai kasut yang koyak. Aaina sangat sibuk dengan protein NusG nya. Maklumlah bulan 7 ni dia ada attachment di Sheiffield. Jadi banyak perkara yang dia perlu siapkan sebagai persiapan ke sana. Kadang-kadang sampai tidur dalam makmal. Apa boleh buat itu sudah bahagian masing-masing.

No comments:
Post a Comment