Tuesday, June 2, 2009

Dugaannya

Pagi Jumaat yang hening aku menerima SMS dari SV semasa undergraduate. Beliau cuma bagi url blog. Katanya lagi untuk berkongsi dan mungkin cara ini lebih mudah difahami. Terus aku online. Hiba bercampur sayu. Pensyarah yang aku segani hingga kini rupanya menghidap penyakit Bells Palsy. Aku rasa korang boleh rujuk En. Google untuk mengetahui tentang penyakit ini. Kagum dengan ketabahan beliau menempuh dugaan ini. Bukan mudah untuk kita menerima hakikat yang kita dulunya sempurna fizikal tiba-tiba terbatas pergerakan. Tapi aku tahu dan yakin, Dr bukan calang-calang orang. Dia seorang wanita yang tabah..malahan punyai rohani yang cukup kuat. Aku jadi hiba bila dia masih lagi mengingati ku dan keep on updating each other. Mesej terakhir pernah kukirim semasa Hari Guru yang lepas. Dan dia membalas dengan kiriman SMS yang cukup manis. Semalam kukirim email kepadanya untuk lebih bercerita panjang. Setakat SMS ni macam tak feel sangat. Tambah-tambah key pad ketat. Hihi.
Sempat lagi aku bercerita tentang perjalanan research ku. Dan dia menitipkan kata-kata ini yang buat aku terus bersemangat di pagi hari.

Anyway, life goes on & as my motto have been... When life gives you lemon; you make lemonade! InsyaAllah, adalah hikmahnya. I'm glad that you're doing OK in your study-career. Yes, key features to grad study adalah self-discipline, the ability to pick up yourself when things are not doing so well, the ability to get help before tenggelam & of course the ability to be opened about criticisms. Memang ada input yg nak merosakkan... tetapi ada input yg faktanya perlu kita consider. So kena, pandai-pandai.

Buat Dr yang saya kagumi dan kasihi..semoga Dr cepat sembuh dan sentiasa tabah menghadapi dugaan. Saya yakin Dr mampu menempun dugaan ini dengan tabah. Saya di sini sentiasa mendoakan Dr cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Kepakaran Dr sangat diperlukan dalam dunia penyelidikan. Get well soon..

No comments:

Post a Comment