Thursday, June 4, 2009

Bila Aku Mula Blogging??

Tahun 2005 aku dah mula blogging. Masa tu terkesan dari aktiviti membaca e novel & e cerpen. Seingat aku semasa cuti 3 bulan sebelum masuk final year undergraduate. Blog pertama biasa saja, lebih kepada bidang penulisan. Ada la skit-skit cerita peribadi. Tapi hampir 70% lebih kepas e cerpen yang aku buat. Kebetulan bila semester baru buka aku dah mula projek tahun akhir. Topik pula memang kena menghadap komputer saja. Maklumlah, dah namanya buat database. Apa lagi, main dengan coding je la. Sambil tu layan blog bila rasa otak dah tepu. Oh ya, blog pertama aku mula dengan Blogdrive.
Kemudian berlarutan sampai aku masuk ACCP. Lepas tu, aku rehat sekejap dari dunia blogging. Aku cuma jadi silent reader. Dah jarang-jarang update blog. Awal 2007 aku mula blogging kembali. Tetiba rasa nak buat. Tapi kali ni aku mulakan dengan Wordpress. Topik blogging kali ni lebih berkisar catatan harian. Aku dah tak pamerkan karya-karya penulisan aku. Chewah. Ku malu ar. Lagi pun ini pertama kalinya aku bagi kawan-kawan terdekat baca blog aku. Masa di Blogdrive, aku rahsiakan dari kawan-kawan yang aku ni memblog. Kira yang tahu adalah geng-geng peminat e cerpen. Bloggin di Wordpress berlanjutan sehinggalah April 2009. Atas sebab-sebab tertentu aku tutup Wordpress. Bukan sebab suspended tapi untuk kepentingan peribadi. Dan kemudian aku pun mula blogging kembali di Blogspot sehinggalah kini.Kali ini aku bagi chance kat kawan-kawan terdekat baca blog aku. Hihi. sebelum ni aku rahsiakan. Yang tahu pun berapa kerat je.
Apa pun tujuan aku memblog ni bukan nak cari glamour. Aku suka menulis kerana aku anggap ia sebahagian dari terapi. Kadang-kadang aku jadikan blog ni sebagai tempat teguran , tak kisahlah untuk aku sendiri atau sesiapa. Blog ni jugalah tempat untuk aku berkongsi ilmu dan maklumat sesama pembaca. Walhal kadang-kadang banyak yang crap nya.
Lepas ni tak tahulah sampai bila aku akan terus memblog. Atau suatu hari nanti aku akan ada akaun 'bersama'. Jeng..jeng..jeng..kita tunggu! Hehe


No comments:

Post a Comment