Saturday, July 18, 2009

Rambut Pendek & Kuruskan Badan

Sejak mula bersekolah saya tak pernah menyimpan rambut panjang.
Mak tak bagi kami adik beradik menyimpan rambut panjang.
Mak lagi suka rambut kami pendek ala-ala boy cut.
Saya dan adik-adik jenis tak kisah. Disebabkan itu, kami antara pengunjung setia kedai gunting rambut. Haha.
Sampai umur 26 tahun ni, saya masih berambut ala-ala boy cut. Walaupun kadang-kadang terdetik juga nak perm rambut ala-ala Izzie Grey Anatomy. Tapi rambut ku pendek weh! Sebab saya tak suka rambut panjang:
1)senang nak diurus.
2)basuh rambut tak ambil masa yang lama.
3)lepas basuh tak payah sikat rambut, sikat dengan jari saja.
4)pakai tudung tak rasa berkuap dan rambut tak terkeluar.
5)hari-hari boleh syampu rambut sebab bila pendek tak ambil masa yang lama utk keringkan.
6)saya memag suka rambut pendek!

Hari ini saya pergi satu konsultansi kuruskan badan.
Hai la. Berat saya 58.7 kg. Lihat, saya tak segan silu menulis berat saya. Haha.
Kamu-kamu yang pernah tahu berat-berat saya sebelum ini, sila jangan terkejut.
Kata pakar, berat saya sekarang sepatutnya berat semasa saya berumur 37 tahun.
Wow, so gorgeous ok. Wahai en suami (masa umur 37 kenalah kawen kan..), sila bangga kerana masa itu saya masih nampak slim walaupun hampir 60 kg. Hihi.
Patutnya berat saya 46.2 kg dengan ketinggian 156.5cm. Duh, saya rasa sangat kurus keding dengan berat itu. Motif?? Saya penah seberat 48 kg ketika putus cinta sekitar 2005. (Oppss. Past is past). Saya telah ditegur sangat kurus dan cengkung. Apakah?? Jadi bagaimana ya?? Saya buat andaian sendiri 50 kg should be ok for me. Sejujurnya saya harus turunkan berat badan. Secara luaran dengan 58.7kg saya tak nampak seperti cik mok, cuma berisi saja. (bukan berisi di dalam perut hokeh) Saya pun dah mula rasa tak selesa. Oh ya, sedikit info lagi, saiz badan saya jika diukur ialah S. Cara mengukurnya ialah sila letakkan ibu jari dan jari tengah kalian pada pergelangan tangan. Jika terlebih anda bersaiz S. Jika muat-muat anda bersaiz M. Jika tak sampai anda bersaiz L. Hoho. Lalu, saya harus mula turunkan berat badan saya supaya peratusan lemak dalam badan yang so-so itu turun. Caiyok! Caiyok!

ini gambar sekitar 2005...gambar sekarang..sila tengok facebook, huhu

3 comments:

  1. weh, aku pun berat dah naik, takmo turun2.

    tinggi aku 150cm, should have berat 47-48. dr dlu mmg maintain sampai la bln 12 thn lepas berat aku naik ke 49,50 dan seterusnya semalam aku timbang dah 52.

    memang terasa sendat dah di certain2 bahgian, huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Tadi sudah silap komen. terkomen di post bawah lak. Eheh.. Maafin ya.

    ReplyDelete
  3. dayah: kita metabolisme da kurang. tu la cenggitu. hihi. camne ni dayah?? aku kena kurus balik. jom sama2 turunkan berat supaya sehat. ahak

    marini: it's ok meh :)

    ReplyDelete