Saturday, October 24, 2009

Movie Review~ Ye la tu.

Senyum sampai ke telinga :D
Tapi tak leh nak senyum lebih-lebih sangat sebab nanti nampak macam tak betul pula.
2 hari penuh dengan aktiviti sosial bergelak ketawa bermula Jumaat malam.
Eceh.
Akhirnya dapat juga tengok 'Papadom.'
Memang kelakar. Dari awal sampai habis cerita kerja nak geeeeeeeeeeelak je.
Gelak guling-guling tergolek-golek sampai pop corn terjatuh dibuat oleh mr apprentice.
Dua kali pula tu. Tapi yang kali kedua tu kerja aku la.
Afdlin Shauki memang cute, dialog yang ringkas dan sempurna.

Hari ni pula 'siblings day out'. Pepagi lagi dah keluar rumah jemput adik di P.Alam dan U*IA.
Layankan je la sebab minggu depan diorang dah mula peperiksaan akhir.
Kiranya hujung minggu ni nak berjimba-jimba.
Memula diorang nak tengok Papadom. Tapi aku pujuk-pujuk jom la tengok Meat ball kat premier.
Malas nak beratur panjang sebenarnya kat GSC Mid Val.
Akhirnya diaorang mengalah.
Sekali, minah 2 orang ni gelak tak ingat masa tengok Meat Ball. Padahal masa mula-mula jual mahal tak nak tengok. Baru tahu cerita ni menarik kan... Lepas tu siap nak pergi tengok kat premier lagi sebab wayang yang cozy dan toilet yang best. Tak sesia aku promote kat diorang. Honestly, premier aku cadangkan kalau famili eloklah tengok di sini. Pasalnya tadi ada beberapa famili tengok , kawasan diakan luas, couple seat, budak-budak tu macam bebas bergerak nak buat apa.
Meat Ball yang buat aku teruja sebab invention from weirdo person. Haha. Apa lagi scientist la. Tapi aku macam tak setuju je bila orang sinonimkan scientist=weirdo. Cerita yang kelakar tapi sarat dengan pengajaran. Bak kata mr apprentice, at the end both of movie menceritakan kehebatan seorang PAPA. Betul juga tu.

Ayah, Papa, Bapak, Daddy...lelaki kan. Ada kalanya sukar bagi mereka mengungkapkan kata sayang, kasih dan cinta mereka pada kita si anak. Itu yang aku boleh katakan hasil dari menonton kedua-dua cerita tersebut. Dalam hati mereka sebenarnya penuh melimpah ruah rasa bangga, kasih dan sayang pada kita. Mungkin mereka tak pandai nak luahkan dan biasanya mereka tunjukkan. Macam aku sendiri, ayah mana nak cakap sayang ke apa, peluk cium lagi la. Haha. Tapi dari cara dia melayani, mengawasi dan membesarkan kami adik beradik..aku tahu dengan cari begitu dia menunjukkan kasih dan cinta pada anak-anak. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak tunjukkan kasih dan sayang aku pada ayah. Cuma aku pohon dan harap..aku dapat berbakti pada ayah dan mak sehabis baik dan boleh.

Malam ni nak rilek-rilek tengok cerekarama sepat ronggeng! Cerita kelakar juga tu. KC, cepat buka TV malam ni. Ke blackout area rumah you? Hihihi.
Ok guys...have fun on weekend :)

No comments:

Post a Comment