Aku letih otak hari ini. Barangkali jenuh berfikir menggabungkan ayat menjadi suatu cerita saintifik yang menarik dan tepat. Aku rasa struktur ayat BM aku memang hancur! Walhal BM SPM A1 T_T. Pelajar siapa la ni?? Balik rumah aku senyap je. Terus masak untuk makan malam. Cakap dengan teman serumah pun lebih kurang. Puncanya?? Letih otak. Lepas Isyak main futsal bagi happy dan jiwa tenang.
Macam-macam perkara berlaku sejak akhir-akhir ni dan macam -macam benda berlegar dalam kepala otak. Tiap-tiap hari asyik berfikir, terkenang dan ingat benda yang sama. Apa pun aku bersyukur kerana Allah dah bagi nikmat yang sebaik-baiknya. Tak sabar nak jadi pengajar untuk pogram Permata Pintar! Yippie! Dah lama tunggu peluang ni. Ajar kanak-kanak genius tentang bioteknologi dan penyelidikan. Program bakal berlangsung selama sebulan. Masa sekarang agak padat. Mana dengan siapkan research aku. Mana nak habiskan tesis. Tapi aku yakin...insya ALLAH kesempatan itu ada. Peluang bukan datang selalu. Bila ada aku akan rebut peluang tu selagi boleh!
Hujung tahun yang menjelang bererti kerja kahwin pun banyak. Tapi aku masih belum ada jemputan. Makanya aku buat tanggapan usia aku 26 tahun ni, kawan-kawan yang belum kahwin tak bersedia. Mungkin 27 atau 28 tahun baru ramai yang nak kahwin. Masa umur 24, 25 masing-masing berebut nak kahwin sampai kalau boleh kerat badan kita ni 3, dah lama dah buat. Haha.
Ada seorang junior aku tanya...jahatkah dia bila dia dah tak suka dengan lelaki yang rapat dengan dia sekarang. Aku bagi pandangan soal hati terpulang pada empunya badan. Selagi belum diikat selagi itu kita berhak membuat pilihan kita. Jangan kerana nak turutkan perasaan orang lain kita sanggup mencalari hati sendiri. Dia masih muda. Masih banyak lagi orang lelaki yang dia belum jumpa. Masih banyak lagi pilihan untuk dia memilih yang mana satu idaman kalbu. eceh. Jadi apa pun terpulang pada kata hati. Buatlah pilihan yang terbaik.
Aku makin sedar, dalam usia yang makin bertambah, dalam pengalaman yang banyak ditimba dan dalam hati yang pernah terluka....mengajar aku belajar dari kesilapan. Pengalaman itu sekolah hidup yang tidak ternilai. Dalam suatu perhubungan...aku tak suka dipaksa dan tak suka memaksa. Bagi aku biarlah sesuatu yang berlaku itu terjadi dengan sendirinya dari dua hati yang memang sudah ditakdirkan untuk bersama.
Ok guys. Nak tidur dah. Mengantuk. Do take care & chill!

No comments:
Post a Comment