Semalam petang berkumpul di rumah Ain. Walaupun tak cukup korum tapi kira ok la tu. Jumpa Sha yang dah hampir 2 tahun tak bertemu. Kali terakhir jumpa masa kahwin Ain. Lepas tu Sha membawa diri ke Miri. Ahak. Tak adalah, dia kena posting di sana. Haruslah susah kan nak jumpa. Walaupun agak lewat tapi tak ada masalah. Duduk rumah Ain sampai maghrib. Masa buletin utama nak mula baru kami memblahkan diri. Dulu sampai sekarang, perangai tiga-tiga orang ni sama je. Agaknya bila dah berkumpul, buka tudung , lepak-lepak ala zaman kolej dulu sure orang tak tahu kami ni dah umur 26 dan Ain dah anak dua. Hau hau hau. Ain, ko jangan sentap bila dilabel sebagai ibu beranak dua. Eceh. Cuma Sha makin kurus. Letih kot pusing satu sekolah mengajar anak murid. Yang tak ada Zian dan Lina. Zian jauh nun di KT. Lina dah balik Penang tunggu masa nak meletop. Siapa yang masih single? Sila senyum! Siapa lagi kalau bukan aku dan Sha. eceh. Yang lain semua dah jadi mak orang. How time flies so fast. Masa yang berlalu tu merubah macam-macam perkara dalam kehidupan kita. Ada kalanya kita sendiri tak sangka yang sebegitu cepat kita memasuki dari satu fasa ke satu fasa. Sebelum hantar Sha balik kami singgah Taman Warisan, jumpa adik Sha di sana. Masa tu bolehlah sembang panjang sambil makan-makan. Jangan jealous yer Ain kami sambung sembang lagi kat luar. Hihi. Apa pun aku terharu sangat bila jumpa Sha yang sekian lama tak jumpa. Dapat kek lapis sarawak..nyum..nyum..dan paling menarik dapat satu set rantai manik tu. Pergh! Bertuah ku rasa. Zian, ko punya ada kat Ain. Nanti ada upacara penyerahan rantai manik ko tu. Masa tatau bila. Ahak.
Hidup adalah suatu perjalanan yang indah untuk kita hayati. Justeru, jangan sedih-sedih dan chill!
PP.
Hari ni mula mendaftar.
Day 1: Dapat macam-macam task. But sangat enjoy. Balik rumah kena study kit. Kit import from US. Malam ni ada taklimat. Ok lah, mahu mandi. Nanti ada dinner kat sana. See u guys and I will update soon. Walaupun pack jadual PP ni tetapi sebagai seorang yang pakar menguruskan masa (pakarlah sangat :p) akan ku update juga blog ini supaya tidak bersawang!. Ahak.
No comments:
Post a Comment