Kembali bersiaran :)
Hari ni attend workshop Bioethics sekerat hari. Tetiba Dr E nak balik awal ada urusan berkaitan PP.
Kami ikut saja mana yang baik :) Katanya tumpang orang, jadi kena la ikut cakap driver.
Bioethics.
Satu bidang ilmu yang penting. Motif dia senang je. Mengajar kita bagaimana membuat pilihan. Tapiiiiiii...bukan buat pilihan sesuka hati. Ada teori, ada konsep dan ada metodologi yang perlu kita ikut sebelum membuat pilihan yang terbaik. Dalam bioethics tak ada salah atau benar. Bidang ni memerlukan pemikiran aras tinggi dan berfikir secara kritikal. Kalau orang malas fikir...aku tak rasa dia minat untuk buat bidang ni. Tapi kalau rasa dah lama tak berfikir secara kritikal bolehlah cuba masuk bengkel ni. Aplikasinya meluas dalam pelbagai bidang. Misalnya, masalah perubatan, cloning, animals right. Aku bagi satu contoh dari isu yang dibentangkan ialah pasangan yang ingin berkahwin, tetiba salah seorang kena HIV. Patut atau tidak bagi tahu famili sedangkan ayah pengantin perempuan ada sakit jantung. Another one is makcik tua yang ada dementia. Perlu ke kita jalankan pembedahan jantung pada dia sedangkan umur dia dah 89 tahun. Perlu ke kita terangkan pada dia effect yang dia alami after operation. Itu secara kasar yang boleh aku terangkan. Aplikasi untuk biologinya pula dari segi gene cloning, GMO, clinical trials etc. Apa yang aku nampak di sini, setiap orang berhak melontarkan pendapat masing-masing pada sesuatu masalah. Tapi yang harunya sampai bertelagah pun ada bila melontarkan pendapat. Jadi di sini perlu ingat kita hendaklah mengawal emosi dan gunakan akal fikiran yang baik dalam membuat keputusan.
Apa pun aku enjoy join bengkel ni. Sekurang-kurangnya diberi pendedahan tentang bidang Bioethics walaupun hakikatnya aku rasa tak boleh nak berifkir sangat macam diaorang. Sebabnya aku prefer fikir straight forward je, tak pusing-pusing sangat. Sampai aku dengan kawan kata...apa yang susahnya nak buat keputusan...janganlah fikir yang complicated. Just make it simple. Tapi tu la...orang BioEThics fikir lain berdasarkan methodology, konsep dan prinsip yang dipelajari.
As usual kat sini build networking la kan. Dan as usual aku akan dilontarkan soalan "did we meet before? u look so familiar" ngeh ngeh ngeh. what to do..gua memang glamour. ahaks. okeh. melawak ja. bui semua :)
p/s: Bulan dipagari bintang...gua merindui seseorang..tapi gua tahu dia sedang tekun bekerja...untuk menghadapi hari muka....
No comments:
Post a Comment