Monday, November 16, 2009

Time Constraint

Hai semua :)
Time constraint!
Tag line untuk minggu ni. Ini semua bahan yang kawan-kawan aku kenakan.
Minggu lepas tag line is 'not interested'. Yang ini SNO punya tag line jadi bahan untuk minggu lepas.
Disebabkan time constraint...eceh...hari Sabtu duduk rumah menyiapkan manuskrip untuk projek xyz. Hari Ahad baru penuh dengan aktiviti yang menggembirakan :)

Pagi
Pergi ziarah Baby Feeza & Aie yang bernama Alisha Ariana. Makan-makan sket. Kira sarapan terus di sana. 4 anak dara pingitan yang sentiasa bersama-sama dalam segala aktiviti membuat hingaq kat rumah mak dara dan bapak orang. Tak lama lepas tu Leen & Nas bersama Meisara pun tiba. Yeah, Meisara menunjukkan skill jeritannya. Tidak syak lagi! Skill itu dikuasai oleh mummynya. Muahahaha.
Enjoy the pic. Korang jangan terkejut tengok gambar aku yang bersifat keibuan tapi brutal. Haha.

-ini la alisha...lihat i yang kepochi sambil tu pegang anak orang sebelah tangan..ganas tak? muahaha. mak dia pong tak pegang anak dia macam tu :p itulah skill motherly i. haha.

inilah meisara bersama aunty ruby..eceh..comel pula aku rasa gambar ni..sara memang tak kan sembur kan muka aunty. hihi. al kisahnya leen pergi wedding kawan dia, si pengantin perempuan try nak cubit pipi sara, sekali sara pergi sembur muka pengantin tu. hahaha. nasible labuuuuuu.


from left: mak dara (feeza), kak pah, kak mas, sri, gua, mak dara (leen) yeah...anak dara diapit oleh mak dara yang coolness...

Petang
Seperti yang dijanjikan menonton 2012 di Platinum e@Curve. Ngeh. Ngeh. Mr apprentice yang buat decision. I ikut saja. Tapi memang best. Cozy. Sempat la juga aku lena 2,3 minit kat kerusi empuk. Cuma yang tak best jarak couple seat dipisahkan oleh side table. Biasalah, 2012 kan 2 jam. Memang keras la kalau duduk wayang biasa. Btw, aku rate 3 bintang je. Sebabnya balik rumah aku tak de perasaan nak kaji movie tu. Bagi aku movie yang best bila bagi impak kat aku untuk buat research pasal movie tu balik. As usual akan ada kisah sengal yang aku dan dia lakukan. Muahaha.

Minggu ni aku ada workshop Bioethics di Sun*way Medi*cal Centre. Ini sebahagian dari persediaan program PP. Kemudian Jumaat dah start training. Maknanya Rabu dan Khamis je duduk lab. Nanti esok aku update pasal workshop tu. Sesuatu yang baru pada diri aku dan dengar kata di Malaysia pun masih baru. Esoklah aku share knowledge pasal benda ni. Huargh! Ngantuk sudah. Tapi sebenarnya...ku berasa tertekan dengan sekeping gambar yang tak pasti :(


No comments:

Post a Comment