Salam semua!
Setiap Jumaat bulan 12 ialah hari cuti. Yeay! Sangat suka. Hajat di hati ingin bangun lewat. Tapi apakah daya, mata ni lepas subuh memang tak boleh nak katup dah. Mungkin sebab biological clock yang sebati dengan diri bila lepas Subuh terus siap-siap nak pergi kerja. Dan sebelum secara rasminya masuk kerja Isnin depan, hujung minggu ni ku nak habiskan masa bersama-sama kawan-kawan yang dah complaint sudah lama tak bertemu dan berjimba-jimba. Dan mujur jugaklah bulan 12 tahun ni tak banyak majlis perkahwinan. Ada pun masa aku tengah program PP. Jadi memang tak boleh hadirkan diri. Oh ya, I tak upload lagi gambar adik-adik I kan...Ok lah, Here the pics :)
Here the class of BT1. Kecoh sungguh dalam gambar ni. Konon nak buat ala-ala family potrait. Dan itulah hasilnya. Cikgu dia aka mama je maintain. Haha. Aku geli pula bila budak-budak ni panggil mama. Dalam clan biotech ada panggilan untuk instructor, TA dan RA. Mak long, Pak long, Mak Lang, Mak Cu pun ada. Haha. Ni budak-budak ni la yang namakan. Kami sebagai kakak-kakak redha je la T_T Waktu ni jamuan perpisahan. Makan chocolate indulgance yang nyum-nyum. Serius tu pertama kali aku makan. Thanks Tasha sebab recommend cikgu cake tu.
dari kiri: izz (TA) me, sherli (RA), aziq (TA). Gambar Huda je yang tak ada kat sini. Kamilah kakak dan keluarga mereka sepanjang 3 minggu di sini. Well, I'm happy and really lucky to had them as my colleague. Tolong handle students lab. Kalau harap aku dan Huda je, gayanya tunggang terbalik la lab tu. Izz pembantu pengajar aku. Dia banyak juga cover subject masa prep which is help students finished their task and homework yang aku bagi. Aziq pula pembantu Huda. Sherli pula jaga budak-budak ni masa kat hostel dan outdoor activities. Kami banyak berbincang pasal karenah adik-adik yang macam-macam. Terutamanya masalah jiwa remaja. Ehem* faham je la kan bebudak hormon baru nak naik. Wakakaka.
Ini untuk gambar yang lebih jelas. Waktu ni dalam lab. Hari terakhir kelas. Mereka tengah berdrama depan aku. Ni Mirul punya kerja suka tangkap gambar curi. Al kisahnya Azri minta izin masuk kelas lambat. Aku tanya kenapa nak lambat. DIa bagi alasan nak telefon Mak. Aku bagi izin. Tapi rupanya petang tu semua pelajar lelaki lambat. Hangin la aku. Kalau pengurusan tahu mahu kami kena bambu. Azri pula sejak lunch muka sedih macam ada problem. Aku sedikit concern dengan dia sebab dia ada masalah sikit. Jadi apa-apa perubahan pada Azri memang aku ambil berat. Tanya Asma kenapa. Tak tahu juga. Tanya Saufi pun sama. Semua pakat cover line cakap tak tahu. Aku redha je la. Dah masing-masing tak tahu. Tapi aku memang tak boleh blah bila Saufi bagi tahu Azri tadi mata merah macam baru nangis. Masa tu aku tak tahu yang dia orang tengah berdrama. Kemudian Azri pun masuk buat muka sedih kat depan kelas. Aku malas nak layan. Konon bagi dia cool. Aziq pun concern pergi tepi Azri tanya kenapa. Ada masalah ke. Sebab kami semua tahu Azri ni sangat sensitif. Walaupun ceria tapi hati begitu halus. Azri geleng je. Dan semua buat riak wajah biasa. Esoknya baru diberitahu masa penyerahan hadiah! Kami semua kena tipu! Mata Azri merah sebab duduk dalam bilik dok membakar kertas nak buat hadiah untuk kami. Chet~ memang drama king and drama queen la adik-adik aku ni. Semua pakat rahsia. Pandai pula tu jaga rahsia.

Ini pelajar lelaki yang cukup memeriahkan suasana. Nizar je cool sebab dia memang tak suka bergambar. Tambah lagi dia memang paling pelik dalam kelas. Hihi.
Ni Tasha. Student ST*F. Dia mengadu nak keluar STF. Tak tahan tekanan. Alhamdullilah dapat 8A. Semalam call dia tak nak pergi sekolah. Tak tahan. Aku nak kata apa lagi. Dah bagi motivasi hari tu. Insya Allah Tasha bolehnya.
Ni la adik saya :) Nama dia Saufi. Haha. Sama tak senyuman kami. Haha. Saufi ni ala-ala gentleman. Tengah beratur ambil makanan, dia offer tray kat aku. Kadang-kadang tolong ambilkan makanan. Macam-macam lagilah dia buat. Tersentuh jugalah prihatin seorang adik. Masa last day dia ada tulis nota yang berbunyi"mula-mula saya ingat cikgu ni garang. rupa-rupanya tak. cikgu baik, penyayang, sopan santun, lemah lembut dan periang. saya harap sangat suatu hari nanti jumpa orang macam cikgu"
aiseh~ nak jadi kakak ipar dia pun susah gak sebab abang dia bawah umur. Haha. Tersentuh jugalah bila baca nota tu sedangkan aku ni banyak kekurangan. Sopan santun dan lemah lembut? EM, no comment. Hihi. Maaflah ye kalau entri yang ni berunsur angkat bakul. Bukan apa, ku saja nak kongsi. Tak ada niat pun nak menunjuk. Nak kongsi kegembiraan bersama dengan adik-adik ni. Sebenarnya banyak lagi gambar kat fb. Banyak sangat. Aku upload yang lebih kurang je. Ok la guys. See u on next entry. Nak bersiap-siap untuk ke Mines!
No comments:
Post a Comment