Tuesday, December 22, 2009

Macam-Macam III

Alhamdullilah, semalam berjaya khatam Jaja&Din. Sementara tunggu giliran di cimb bank sempatlah kuhabiskan buah tangan dari Kak Su. Kalau tak kerana beratur nak buat open cek..mahu malam tadi ku tak tidur menghabiskan kisah Jaja ni. Apa ya yang boleh aku katakan tentang Jaja & Din? Kisah mereka banyak manfaat..bukan kisah cinta semata-mata. Banyak yang boleh kita belajar terutamanya cinta selepas berkahwin. Ku insaf supaya tak perlu berlebih-lebihan masa bercinta. Watak Jaja terasa dekat di hati. Banyak faktor rasanya. Pertama : Jaja tu anak sulung. Banyak tanggungjawab dengan adik-adik. Suka layan adik beradik dengan macam perkara. Kedua: Jaja tu kena langkah bendul pada awalnya oleh Nini. Jaja jumpa Din lepas Nini dah ada Pozi. Ketiga: Nini yang melangkah bendul tu kerjanya cikgu. Sama la tu dengan aku yang dilangkah bendul oleh adik aku seorang guru. Hihi. Banyak sungguh aku mengarut. Keempat: Jaja tu bercinta dan berkahwin dengan ustaz. Err, dulu ku pernah bercinta dengan ustaz. Bercinta ja..kahwin tak la. Ku nak berkahwin dengan usahawan. Eceh. Kesimpulannya, tak mahu nak cerita lebih-lebih pasal Jaja & Din. Apa kata korang semua pergi beli dan mengulitnya hingga ke muka surat terakhir. Aku yakin korang tak akan menyesal..bahkan terhibur :)

Hari ni masuk UKM. Aku rasa sunyi seketika sebab tak dengar jenaka dan melayan karenah adik-adik yang menceriakan hidup aku 3 minggu lepas. Touching kejap. Semalam cerita kat mr apprentice boleh plak dia kata dah..dah..nak emoticon plak. Tak mahu layan gua nak touching kejap pun. Gambar adik-adik tu ada aku letak kat FB. Tapi hari ni aku tunjuk la kat blog dan cerita serba sedikit pasal mereka :)


No comments:

Post a Comment