1. Politik pejabat di mana-mana pun ada. Walau pun baru 3 hari aku di sini, sedikit sebanyak dapat info dan isu-isu yang timbul. Aku anggap itu satu perkara positif yang aku cuba pelajari sedikit demi sedikit. Bak kata Dr H, kita jangan terlalu memandang keburukan seseorang itu sampai melupakan kebaikan dia. Kalau kelebihan seseorang itu melebihi dari keburukan dia, terima saja. Pejam mata. Berdoalah mana tahu suatu hari nanti dia akan sedar akan kesilapannya.
2. Sangat suka dengan bilik baru. Pemandangan dari tingkat 3 membolehkan aku menikmati pemandangan m**** yang saujana mata memandang. Boleh melihat titisan hujan yang mendamaikan. Siap ada sofa yang boleh baring bila period pain. Cuma ada kebocoran pada atap T_T. Biasalah tu, bila bangunan pasang cepat siap mengamalkan konsep bocor sana sini. Masa kat i******s pun macam tu juga.
3. Bila aku pesan pada adik-adik PP, setiap peluang yang diberi gunakan dengan sebaik mungkin kerana peluang tu tak mungkin datang lagi. Maka, harusnya aku mengotakan apa yang kukatakan. IA...apa yang aku ada sekarang ni akan aku jalankan sebaik mungkin. Kerana itu satu tanggungjawab. Satu amanah. And...I'm waiting April to come :)
No comments:
Post a Comment