Pesan orang:
Cari si dia yang boleh jadi companion kita. Maknanya bila tua nanti, bila dah tak cantik, bila kedut dah seribu, bila jalan dah bongkok tiga, dia tetap setia bersama kita, menjadi sahabat sejati yang sentiasa ada di sisi sama ada suka dan duka. Dalam erti kata lain, dia memiliki kita bukan semata-mata kerana nafsunya tetapi kerana kita ini sahabat sejatinya juga.
Pesan orang lagi:
Cari yang sedap mata memandang. Yang bila kita pandang dia kita jadi tenang. Bila kita bertemu dengan dia hati berdebar-debar. Maknanya dia ialah orang yang kita cintai. Cinta pada orang yang kita kahwini tu perlu ada kerana tanpa cinta perkahwinan itu takkan berjaya.
Lagi pesan orang:
Lelaki ini ada 3 jenis. Triangle, skittles and circle. Fitrah circle adalah lebih istimewa dari yang lain. Maknanya yang bam-bam tu lagi penyayang, baik hati, memahami, bla bla bla. Sebab tu kita tak boleh sekadar memang rupa paras. Tapi ikutlah citarasa masing-masing asalkan sedap mata memandang kerana kecantikan itu adalah subjektif.
Lagi-lagi pesan orang:
Kita tak boleh mengubah pasangan kita. Jangan sesekali mengubah. Terima dia seadanya dan belajar untuk saling menerima kekurangan diri. Time will heal.
p/s: kenapa tetiba blog ni jadi love story plak? adeh!
i love this love story entry.hiks.btol la pesan orang neh.
ReplyDelete