Monday, December 14, 2009

Kisah 'A'

Hi friends!
Moga girang dan ceria selalu.
Tadi masa lunch naik in*bi*osis jumpa orang opis sekejap. Kak Ila kata muka aku tak ceria macam selalu. Nampak stress. Shikin plak kata aku makin gelap. Huhu. Apa sudah jadi? Nak kata aku tak enjoy kelas PP, sesungguhnya memang aku enjoy with my students. Sekarang dah rasa kesedihan nak berpisah dengan mereka Khamis nanti. Mungkin sebab aku tak berapa nak sihat. Semalam demam, selsema dan sakit tekak. Sekarang ni pun hidung masih berhingus. Rehat tapi kepala otak fikir macam-macam benda yang tak selesai. Rehat pun tak ada maknanya bila masih fikir benda yang tak sudah. Aku baru je habiskan isi borang m***i. Esokkan lapor diri. Kadang-kadang aku bengang sebab ada ruangan yang tak jelas nak isi apa. Tak ada ke isi borang online macam selalu. Semoga hari esok berjalan dengan lancar. Baik untuk aku dan untuk my students dalam lab esok.

Mereka aku dah anggap macam adik sendiri especially boys la sebab aku kan tak ada adik lelaki. Mereka ni memang manja. Dengan adik sendiri pun aku tak buat macam ni. Setiap hari bila sebelum belajar aku tanya siapa yang tak sihat. Kalau ada yang muka monyok terus aku tanya, sebut nama. Misalnya, Saufi kenapa? Tak sihat ke hari ni? Tanya kenyang ke lapar lagi. Bila lapar mereka mula la cakap "cikgu, lapar lah. Saya lapar cikgu." Dan lain-lain lagi . Dalam ramai-ramai tu ada seorang yang aku concern lebih dari yang lain. Aku treat dia special dari yang lain. Tahu benda ni salah dan tak patut untuk seorang guru. Bahkan dah dipesan, u can be friend with them but not friendly. Tapi biasalah manusiakan..atas sebab tertentu kita langgar arahan. Tapi bagi aku tak salah bila niat kita baik. Bila aku baca sms dia aku jadi tersentuh dan tak sangka dia yang ceria dan lucu tu berbeza...

"at home, i have nobody, nobody love me like what i dream, they did their responsibility as family members like send me to school, give me this and that, but for me, i can't feel love at home, i'm very quiet, nobody supports me, at home i'm not like i used to be at school or camp...i want to have fun not like at my home with tears.. i like to make people laugh, to make them happy bla...bla..bla..kalau boleh saya nak semua orang sayang saya...."

sebenarnya panjang lagi sms ni..cuma yang paling aku tersentuh bab ni..aku namakan dia sebagai A. A pelajar pintar ~ haruslahkan katanya join camp PP. Sekolah pun boarding school dan dia memang aktif. Kadang-kadang dalam kelas dia rajin bercerita pasal family dia dan pasal sekolah dia..apa yang dia buat. Kalau aku ada adik macam dia memang aku bangga dengan pencapaian dia. Pembahas, pemain orkestra..dalam sekolah SBP dia tu dia dan kawan dia saja yang join PP. Siapalah tak bangga dan gembira kalau adik dia macam tu kan. Dan masa berada di camp ni pun aku banyak promote dia untuk pelbagai event, jadi pemberi time capsule kat PM, wakil pelajar untuk baca speech depan Rosmah. Aku tahu benda ni salah, nampak macam pilh kasih kan..but whatever it is, dia paling berkaliber dan menonjol dari yang lain. Dan aku rasa dia layak untuk itu. Tambah lagi pihak Puan Boss pun setuju dengan latar belakang dia begitu. Susah kan bila bab nak mengelak pilih kasih. Itulah kelemahan aku...T_T

Bila letih dan banyak kerja aku lagi suka duduk seorang. Kalau boleh tak nak ada orang call atau sms yang masuk. Bila call masuk dan jawab panggilan mulalah aku jawab tak sepenuh hati :( Jawab pun macam nak marah-marah ja. Sejak akhir-akhir ni macam tu la. Teruk betulkan..bila sibuk mood pun swing. Adoila. Ok peeps. Mahu tidur. Semoga hari esok lebih ceria dan cemerlang :)

No comments:

Post a Comment