Friday, December 18, 2009

Last but not least

Hari ini 17/12/2009, hari terakhir aku bersama adik-adik PP*N. Dengan linangan air mata kami TA-Instructor-RA melepaskan adik-adik yang kami jaga dan didik selama 3 minggu di sini. Pada mulanya aku penuh ceria bergurau senda dengan mereka. Yakin konon tak mengalir air mata. Tapi itulah..manusia lemah..perempuan macam aku ni mudah kalah dengan air mata. Kadang-kadang perkara gembira pun diraikan dengan air mata. Saat berpelukan sebak mula menerpa. Maka gugurlah mutiara-mutiara jernih yang cuba ditahan dari jatuh membasahi pipi. Aku tewas akhirnya. Ya lah, siapa yang tak sedih. 3 minggu makan bersama, belajar bersama, gelak ketawa bersama, gosip bersama. Belajar macam-macam perkara baru dengan mereka. Sungguh, aku katakan ia satu pengalaman terindah yang tak mungkin aku lupakan. Menerima 14 orang adik yang pelbagai karenah. Betul-betul buat aku jadi seorang yang penyabar. Adik-adik dah demam, batuk dan selsema pada awal perkhemahan. Aku sebagai cikgu mereka penyudahnya demam dan selseam. Berjangkit la ni. Petang tadi ke UKM aku diberitahu bos PP*N pun demam. Tak mengapalah. Program pun dah habis. Sekarang tinggal post mortem saja untuk terus memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada demi anak bangsa.
Apa yang mampu aku katakan, saat ini aku masih terasa kehilangan mereka yang mewarnai dan menceriakan aku selama 3 minggu. Biar pun penat berulang alik dari Putrajaya-UKM setiap hari, tidur pun 4 jam sehari...tapi aku tetap gembira dan puas. Melihat mereka tersenyum gembira dan bercerita apa-apa saja sudah cukup buat aku bahagia. Aku pasti akan merindui mereka yang kuat mengusik, lucu dan kecoh itu. Satu persatu bas pergi meninggalkan kami. Yang terakhir ialah bas dari negeri Johor. Setiap seorang aku titipkan pesanan dan semangat untuk terus berjaya menempuh kehidupan.
Kini..UKM kembali sunyi. Tiada lagi gelak tawa, jenaka lucu dan jeritan mereka. Dan aku kembali pada kehidupan normal...terus fokus dengan arah tujuan yang telah ada sempena tahun baru Maal Hijrah 1430.
Bercerita tentang Mahal Hijrah. Aku tak sempat pun baca doa akhir dan awal tahun. Namun jauh di sudut hati, aku mengharapkan semoga tahun baru Islam ini kehidupanku lebih baik berbanding dari yang dulu. Aku bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberikan rezeki yang tak terduga ini. Semoga aku dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi dan komited. Aku tersentuh menerima ucapan sms dari Mak dan Ayah pada hari pertama melapor diri. Ayah: Tahniah atas kejayaan, semoga menjadi pegawai yang komited dan integriti. Insya Allah...setiap pesanan itu tersemat dalam sanubari.
Dalam keadaan mamai makan ubat selsema aku bangun dari tidur dan menuju ke UKM. Menyiapkan kerja yang masih tertunda. Alhamdullilah siap semuanya. Sebelum balik jumpa Dr E sembang tentang hala tuju PPN dan dunia penyelidikan. Apa pun kedua-duanya tetap di hati aku- dunia pendidikan dan dunia penyelidikan. Tapi bak kata Dr E...lebih elok aku teruskan dulu komitmen dalam dunia penyelidikan yang sememangnya dah stabil. Nanti bila PP*N dah berkembang baik dan stabil..mungkin aku boleh melangkah dan pergi jauh dalam dunia pendidikan pintar cerdas. Sebenarnya seronok kawan-kawan, kita mengkaji dunia kanak-kanak dan remaja ni. Tak kira dia pintar cerdas, dia sederhana atau sebaliknya..yang pasti penuh dengan cabaran yang betul-betul menduga kita. Kita sebagai cikgu boleh jadi 2 identiti. Masa kelas begini, luar kelas begitu. Apa pun kita lakukan semuanya untuk anak bangsa dan negara...supaya mereka menjadi generasi yang lebih berjaya dan cemerlang dari kita. Itu harta negara yang tak ternilai.

4 comments:

  1. aku dah byk terlepas coretan ko. PP tu program ape yer ruru?

    ReplyDelete
  2. haha. busy bebeno eh. permata pintar negara. moh le join skali thn depan. chegu aktif mcm kamu ni sesuai sgt dayah. :)

    ReplyDelete
  3. chegu bulih join ka? habaq la kalo ada apa2 program. hehe

    ReplyDelete
  4. sangattttttttt la digalakkan cikgu mcm hang ni join. thn depan hantar resume naa kat fac pend um. pa pe aku roger ko.

    ReplyDelete