Friday, February 19, 2010

Curfew

Hai semua :)

Man Laksa.
Aku suka tengok Man Laksa. Ulanglah banyak kali pun. Mesti nak tengok lagi. Kerjanya dok gelak depan TV. Btw, aku memang suka karya Mamat Khalid. Aku perhatikan dia suka terapkan elemen 1 Malaysia. Haha. Em, macam arwah Yasmin Ahmad juga. Tapi aku tak boleh blah dengan elemen 1 Malaysia arwah. Aku prefer Mamat Khalid punya sentuhan. Yang pasti ayah aku pun suka tengok. Gelak tak hengat. Hiburan satu keluarga. Cuti raya cina baru ni Astro Warna tayangkan Man Laksa. Layan...sambil lipat kain.

Kerja.
Dalam nak tak nak aku join group Puan Boss II, aku masuk jugalah group ni. Aku rasa bersalah pula tak menyumbangkan kepakaran yang ada. Uhuhu. Tadi balik nak dekat pukul 7 juga lah. Stress kejap sampai tak lunch sebab nak siapkan research Puan Boss I. Pukul 330pm masuk diskus research Puan Boss II. Memang best sebenarnya research ni. Dan..jeng..jeng. Aku berkobar bila Puan Boss II nak patentkan hasil. Ngee~ hopefully success before fly. Then boleh pergi present paper masa training nanti if ada conference yang berkaitan. Aku da usha ada satu kat US. Means that kena apply visa US. But still under consideration. Later discuss dengan Puan Boss I dan II. Balik rumah hati lapang walaupun problem tak solved lagi. Mungkin sebab kita buat apa yang kita suka. Lepas Maghrib aku dok cari software yang nak pakai. Try to configure kat Apple aku neh. Alhamdullilah, developer tu reply email yang aku hantar petang tadi. Simple error. Dan done! Success :) Cuma tak try kat WIndows platform lagi. Tengoklah sok kalau rajin aku pinjam laptop sape2 try install plak. Hati riang tak terkira. Malam ini tidur dengan lena dan esok fokus dengan thesis. Memula aku rasa tak best juga mengenangkan kerja ni kalau tak siap-siap juga habislah jiwa aku kacau sebab aku dah plan weekend untuk thesis. Alhamdullilah boleh juga settle malam ni. Urusan ke sana pun dah nak sampai final stage. Tinggal satu je lagi. Semoga Allah permudahkan. Amin. Aku dah terbayang press conference. Apakah?? Haha.

Oklah, kawan-kawan. Mahu tidur. Have a nice weekend. Weekend ni entahlah...tak tahu keluar ke tak. Yang pasti curfew diri sendiri di rumah.

No comments:

Post a Comment