Wednesday, February 17, 2010

Dilema

"We are badly needed you". Dang! Aku jadi tak keruan dengan kenyataan Puan Boss II.
Apa neh? Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dup dap dup dap.
"I pergi bank dulu. Later I meet u yah." Lalu dengan seribu satu persoalan aku dan Kak H pergi bank untuk selesaikan bank draf. Tapi dalam hati Allah je yang tahu perasaan aku. Macam kena kerat 21 je rasanya. Bila mana aku terbayang workload yang akan tiba. Serius aku tak keruan sepanjang pagi sampai tengah hari. Yang pasti Puan Boss II nak masukkan aku dalam GeneChip group. Uhuhu. Ya salam.

Balik dari bank terus met up her. She explained me from A to Z such a lecturer. AKu mendengar dengan penuh asyik dan tak aku nafikan dia boleh menjadi pensyarah yang baik. Soalan terakhir " do u want to join us?"
Aku tak tahu nak bagi jawapan yang selamat.
Yang pasti aku jawab " great research but I takut tak boleh nak commit."
Aku rasa nak nangis dan serba salah bila Puan Boss II macam tak ikhlas je terima jawapan aku.
Tapi itulah kenyataan, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata padanlah muka. Uhuhu.
Entahlah, sepanjang petang aku jadi tak keruan, serba salah dan dalam dilema kerana menghampkan permintaan boss. Bila aku fikir patutnya aku join je research tu sebab aku orang baru. Dan dia kan boss, patut kena ikut cakap dia. Tapi bila aku fikir dalam-dalamnya..i know my capability. Dalam tempoh sebulan je lagi before fly ada 2 research yang nak diselesaikan. Dan lepas balik dari sana kena fully commit dengan cmdv dari pengurusan sampailah research. Mampukah aku nak menghadap semua tu?? In positive side aku fikir, take it as challenging. Masa ni lah peluang nak build up your skill and capability. This is how u manage your workload. But in contra aku fikir, bila aku mengadap semuanya aku takut tak perform. Tak dapat buat yang terbaik. Plus, aku ada sebulan je lagi commit dengan research diorang. Nanti bila fly siapa nak sambung kerja. Satu hal nak kena tele kerja dari sana. Nak focus dengan training lagi. c*m*dv bukan projek kecik meh. PM yang monitor. Duit banyak habis kat projek neh. Tadi satu news baru aku dengar banyak projek pending sebab peruntukan utk c*m*dv. Apekah?? duuh. Dan itulah puncanya aku menolak permintaan Puan Boss II- bimbang tak dapat beri full comitment. Tapi aku rasa Puan Boss II frust sebab the rest tak tunjuk progress kat project ni.

Aku minta pendapat Kak H:
betullah jawapan ruby tu. memang kita serba salah sebab hampakan harapan orang. tapi kita kena fikir diri kita juga. kalau kita rasa tak dapat nak bagi komitmen kita kena let go la. buat apa nak show off your capability. tak perlu benda tu. plus, pergi training ni lagi berat tanggungjawab sebab kita tak ada apprentice. Akak pun bagi jawapan yang sama juga bila kat tempat ruby. Kadang-kadang diorang masuk tu sebab diorang tak ada project, pada hal diorang bukan suka sangat pun join project tu.

Aku minta pendapat Kak A:
u patutnya join je group tu. masa ni la nak tunjuk your capability. i think puan boss II tu ajak u sebab dia tahu u boleh jadi macam dia. boleh buat banyak kerja dalam satu masa. u kena tahu bahagikan masa u dengan kerja ofis dengan thesis. masa kerja u fokus kerja jangan fikir thesis. sebab tu bila u rasa terbeban sebab masa kerja u fikir thesis.

Waaa...rasa nak nangis. Rasa bernafas tanpa udara. Dan tangisku tiada air mata.

Balik rumah...aku settlekan kerja nak pergi embassay esok. Maghrib aku solat. Sementara nak tunggu Isyak aku buka majalah Nur. Sebelum tu aku merintih dalam solat minta diberi petunjuk betul ke tindakan aku ni. Minta juga dihilangkan rasa serba salah ni. Sekali aku terjumpa dalam Nur....

1. usah kerana terpaksa
apa yang kita rasakan setiap kali kita mendustai diri? bercakap , berbuat sesuatu tetapi bukan dengan kerelaan hati! tidakkah kita merasakan sesuatu yang berat kala melakukannya? Tapi mengapa kita harus akur dengan keadaan itu? Kepada siapa untuk kita tunjukkan kebaikan diri walhal di hati penuh keterpaksaan? .............

2.wanita matang
wanita matang biasanya bijak menguruskan perasaan. keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi. wantia yang matang tidak akan membiarkan dirinya larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kredibiliti peribadinya......

Rasanya aku dah jumpa jawapan tu. Em, mungkin Allah dah bagi petunjuk melalui majalah Nur yang aku baca. Kadang-kadang petunjuk tu tak semestinya dapat melalui solat atau mimpi je. Betoi tak?
Em, esok aku tanya lagi pada orang yang lebih berpengalaman. Kak L.
Tapi apa pun aku dah tenang. Dah tak serba salah. :)

No comments:

Post a Comment