Friday, February 26, 2010

Today

Phew!
Hari yang indah. Hari yang manis. Eceh. Beria je.
Hari ni pergi UM. Memula buat appointment nak jumpa on Monday. Sekali Dr D tak free.
Makanya pagi tadi buka email, dia kata free today and tomorrow. So bersiap-siap sambil ambil pakaian yang sopan-sopan. Maklumlah nak jumpa pensyarah kan. Otw, sms sis A tanya dia masuk lab ke tak. Luckily she was there and lepak la kejap di lab dia sambil tunggu Dr D habiskan diskusi dengan student.

Long...long....time tak jumpa Dr D. Dia sangat kurus. Masa sakit hari tu tak sempat nak ziarah beliau. Jadi hari ni nak ziarah sambil treat her before I fly. Alhamdullilah keadaan Dr D beransur pulih.
Banyak jugalah perkara yang disembangkan. Gossip. Haha. Jumpa Dr D memang ada gossip. Kebetulan antara aku dan beliau ada linking di sekeliling kami yang membolehkan kami bersembang tentang sesuatu topik.
Tak sangka juga Dr D tetiba dapat sakit nerve problem neh sedangkan scope expertise dia dalam neurologi. So technically she understand what had happened and she just faced the truth dan anggap ini sebagai dugaan Allah SWT. Bersyukur sangat-sangat Dr D dah sembuh. Dan sekarang research dia pun banyak yang update ke arah kombinasi sains dan Islam. Idea yang menarik bila aku sembang-sembang dengan student dia tadi.
Banyak panduan dan nasihat yang Dr D berikan study, kerja dan personal. I really appreciate that.
Tadi dia keluar statement " saya tengok cara awak ni letak kat mana-mana pun boleh survive." Haha.
Aku teringat dulu my roommates masa kat UM dulu pun pernah keluar statement yang sama. Em, survival tu pun semuanya datang dari Allah SWT.

Mandrem.
Aku tak faham sungguh konsep perempuan pisau cukur yang mencari kesenangan hidup dengan cara yang mudah.
Tak sedar ke dengan konsep pisau cukur tu dah melukakan hati ramai orang.
Tak malu ke meminta-minta kat orang. Adeh la.
Dan aku tak faham kenapa ada lelaki yang bertuah- punya isteri yang cantik, bijak, professional career woman- senang-senang je berubah hati. Yeah, life is unexpected. Macam tak bersyukur ke bila kita dikurniakan pelbagai keistimewaan kemudian kita tak menghargainya. Bukan pakej isteri macam tu satu keistimewaan ke?
Well, bak kata Dr D dalam hidup ni nobody is perfect. Ada lubang sana ada lubang sini. Yang penting kita cuba melengkap hidup ini dan menerima seadanya.

No comments:

Post a Comment