Taraaa! I'm coming =)
Wah gembira nampaknya. Macam mana I tak gembira sebab LIMS dah habis. Ngeh ngeh. Dan buat pertama kalinya, har terakhir pula tu berjaya run program tanpa error. Sql statement berjaya dilakukan dengan lancar. ALhamdullilah =)
Bukan senang meh, nak brush up balik programming skill. Hampir 2 tahun aku tinggalkan dan fokus pada biological analysis. Lepas tu masuk-masuk terus belajar VB. Tapi aku kuatkan semangat. Go Go! Mesti boleh. Aku kalau bab sql statement, insya Allah pusing kot mana pun lepas. Tapi kalau bagi logik.......miahahahha. Lambat otak ni nak digest. Kak M pula cakap kalau sql statement otak dia tak boleh nak pusing tapi bila logik cepat dia tangkap. Jadi ok la tu kan...bila select query je bagi kat aku...bila logik je pass pada Kak M. Makanya jadilah kerjasama yang sempurna. Insya Allah. Tapi kesian pada Kak M sebab tetiba dia overwrite semua file latihan. Terpaksalah dia godek-godek dan cari semula tadi. Sedih pula nak tinggalkan Francois sebab lepas ni Guy yang take over. Francois ni sabar je ajar kami. Selalu ambil berat. Hari Jumaat lepas...sambil kemas-kemas barang nak balik dia tunggu kat tepi pintu datang sembang-sembang dengan kami. Tak sangka dia ni pun boleh juga dibawa bersembang. AKu tanya juga kenapa selalu balik lambat. Dia cerita girlfriend dia kerja malam jadi sebab tu dia balik lambat. Dia tak suka tengok tv. Jadi daripada tengok tv lebih baik dia tengok desktop sampai 2 atas meja dia tu. ekekekeke. Oh tinggal dengan girlfriend eh. Nak kena babab ni. hihi. Apa pun aku enjoy study LIMS walau pun mula-mula aku macam susah sikit nak dapat benda tu. Tapi kata orang putih practice makes perfect. Pastu kata orang melayu kuatkan semangat dan fikir positif insya Allah berjaya juga. Insya Allah...amin.
Tetiba aku teringat dulu aku pernah cakap kat my SV aku nak go further dalam dua bidang ni: Computational Functional Genomic atau Medical Bioinformatics. Sekarang nampaknya..bukan nampaknya..dah memang jelas aku dah ke arah Computationa Functional Genomic. Betul lah..kata tu kan secara doa. Itu aku akui sangat-sangat. Sebab tu kita lebih baik cakap yang elok-elok dan fikir yang baik-baik saja. Kalau ye pun kita patah semangat cepat-cepat kita bangun balik. Korang pernah dengar lintasan hati?
Ada kalanya aku open bila bincang dengan my SV. Aku pernah cerita dengan dia yang aku nak get married first before further study. Kemudian raising my kids kat oversea. My SV bagi sokongan dan macam-macam nasihat. Sebenarnya apa pun perkara kita boleh buat..dengan syarat kita jangan mudah putus asa dan........janganlah terlalu mengeluh..orang lain lebih..kita kurang...Setiap orang ada rezeki masing-masing. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebenarnya kalau sesuatu tu dah memang hak kita..Allah dah tentukan..memang akan jadi hak kita. Cuma cepat atau lembat je.
Esok masuk Data Mining dengan Guy yang charming. Yeay! Yeay! I like. Hopefully berjalan lancar. Okie guys! Take care and have a good day!
No comments:
Post a Comment