Sunday, April 25, 2010

Tak boleh tidur

Tak boleh tidur.
Jam sudah pukul 1.20 am. Tetiba terjaga akibat kepanasan. Sebelum tidur tadi on heater.
Bila dah bangun off heater dan on laptop. I guess I should write something in my blog as I plan to write it actually before I get sleep.

Hari ni seperti yang dijanjikan...kami tengok Date Night. Serius gelak tak ingat. Kelakar okeh. I ingat gelak macam ni masa tengok Bed Time Stories with Eda. Rasanya masa tu gelak sampai sakit perut. Tempat movie adalah best sebab room dia besar tapi orang ada dalam 10 orang je. Kat sini seat adalah bebas. Dan kami duduk kat spot yang paling best. Kebetulan I tapau muffin dengan mee goreng. Apa lagi, orang lain makan pop corn tapi kami makan muffin dan mee. Itu yang I rasa best bila tengok movie macam buat rumah sendiri. Harga sama macam harga tiket movie kat Malaysia. Tapi sila jangan convert la. Kalau convert memang ko tak sanggup tengok wayang.

Dan pada masa yang sama mr a tengah tengok movie juga dengan kawan-kawan lelaki dia. I terlupa nak tanya adakah kawan-kawan lelaki dia ialah DOTA ( dunia orang tanpa awek) hihi. Shutter Island ! Tapi dia cakap boring sungguh. Cerita yang berat dan siap ada orang berdengkur okeh masa tengok muvie tu. Kesiannya! Malu weh. Yana! Boyfriend ko ke? Haha.

Em, dan petang tadi buat kali pertama I shopping seorang diri. Keluar lepas Asar. Practice make perfect katanya. Lepas ni pun kan I kena duduk sorang- sorang juga. Tapi I panik tiap kali masuk butik sebab diorang cakap French dengan I. Duuh! I speak English. Macam orang Canada ke muka gua? Hihi. Fyi, kedai tutup adalah awal pada hujung minggu. Pukul 5pm sudah tutup. Ada juga yang tutup pukul 6 pm. Tapi paling lewat pukul 7 pm.

Jumaat lepas pergi Wallmart dan masuk bahagian kitchen. Entah tetiba gua jadi rambang mata bila tengok kitchen stuff yang menarik dan murah. Gua grab baking spoon yang comel. Mak ada satu set tapi warna adalah dull. Yang I jumpa berwarni-warni dan I beli satu. Pyrex dan Corell!. Beli satu untuk Opah. Rasa macam nak beli juga untuk diri sendiri tapi bila fikir balik aish... Tak apalah. Nanti beli rezeki pyrex atau corell kat tempat lain. Mana tau kat UK ke :p




No comments:

Post a Comment