Antara perkara yang membuatkan aku gembira ialah apabila menggembirakan hati orang lain walau dalam apa cara sekali pun. Contohnya kalau tolong belikan sesuatu kegemaran orang pun aku dah happy. Hihi. Minggu lepas memang borong Corelle untuk famili. Itu baru 1 set. Sekali memasing order lagi 1 set. Nampak gayanya memang kena pergi Wallmart lagi.
Semalam jalan-jalan beli souvineer di Old Town. Yeah! Memang happening sebab kawasan Canadian lepak-lepak dengan famili dan kawan-kawan. Memang murah berbanding Down Town. Pulak tu Canadian stuff pun boleh dapat dengan harga yang murah di sini. Aku taklah minat sangat. Tapi hajat hati adalah nak tengok play off game ice hockey kat sini. Adik-adik dari US tu pun suggest kami pergi tengok sekali sebab experience tu sangat berbeza. Crowd sini diaorang kata berkali ganda meriah dari Malaysia. Erk, ye ke. Hihi. Btw, bebudak ni aku jumpa dalam kedai souvineer. Disebabkan kat Montreal ni susah nak jumpa Melayu jadi bila dah jumpa excited gua cakap sama lu. Rupa-rupanya diorang student Malaysia kat US. Tengah cuti jadi ambil peluang jalan-jalan ke Kanada. Travel from US singgah macam-macam tempat. Pergh! Sebenarnya itu yang best bila studi kat luar...di samping dapatkan ilmu tetapi boleh jalan-jalan tengok negara orang. Bukan setakat tengok..tapi kenal dan belajar budaya mereka yang ada kalanya positif untuk kita ikut.
Cakap pasal budaya orang..bukanlah nak mengagungkan..tapi yang mana baik tu kita ambil. Yang mana buruk tu tak payah diikut. Macam kat Montreal ni..boleh dikatakan multi racist. Bila ko pakai tudung..orang macam ok je sebab ada Arab yang pakai tudung. Tapi cuba ko pergi kat Sorel Tracy...memang orang tengok ko weird. Siap tegur lagi insist nak tahu. Hihi. Arab Muslim kat sini kalau jumpa bagi salam. Bila sembang..rata-rata banyak yang datang dari Iraq. Kesian...sebab peperangan diorang berhijrah ke merata tempat mencari satu kehidupan yang lebih stabil. Ye le, negara dah musnah sebab perang..bukan senang nak bangun balik. Tengok skang apa dah jadi..tak dengar khabar pun pasil Iraq. Entah apa apa la yang US buat sekarang. Tapi yang datang sini mestilah memang kaya dan berharta masa kat Iraq lagi atau pun mereka student yang belajar di negara orang. Jadi dah alang-alang kat luar..baiklah duduk negara orang yang lebih aman.
Pasal aman..so far aku tak jumpa lagi la kes jenayah depan mata. Dan aku tak nak jumpa pun! Fyi, criminal case kat Montreal ni very low. Even ko nak kepit laptop yang tak de casing kat ketiak pun rilek je. Kalau nak mabuk..sila mabuk dalam club. Ko mabuk luar club tak sampai 2 minit polis dah sampai. Adalah menjadi satu kesalahan mabuk di luar club.
Ok guys, gua pen off dulu. Nak siapkan paper. Today nak all out hantar sama SV. Kemudian nak pergi JT pula lepas Zuhur. Chill ya!
No comments:
Post a Comment