Masa di JT tadi aku beli jagung. Hajat di hati nak masak nasi lemak jagung dan jemput jagung.
Nasi lemak jagung adalah resepi opah! Yummy. Jadinya aku cuba masak tadi. Masak atas dapur lagi. Bukan guna rice cooker sebab tuan rumah tak kasi rice cooker. Sob! Sob!. Nak beli macam tak berbaloi plak.
Hasilnya..boleh la. Tak macam tak kick sebab terlupa nak bubuh halia. Esok pagi la daku makan dengan tumis ikan bilis. Malam ni perut kenyang lepas makan Mee kicap resepi mak yang ku alter.
Alkisahnya mee kicap! Mee kicap ni resepi mak. Pepagi tadi ku ingat nak goreng mee. Tapi bila masuk dapur automatik berubah fikiran bila tengok rempah kari minggu lepas tak habis lagi. Jadi ayam yang telah direbus kusiat-siat beserta jejari ayam lebih semalam. Kemudian ku goreng bersama dengan rempah kari. Supnya kubuat dengan kiub ikan bilis. Letak halia, letak bawang putih. Rebus spagetti. Jadilah mee kicap yang sebenarnya tak dok kicap. Haha. Pepandai ku alter. Kalau resepi mak sup tu letak fish ball dan fish cake. Yang jadi kicap tu ialah rampah kari yang dimasak bersama kicap pekat sebagai sos pada mee. Letak daun sup dan makan. Hoho. Macam tu la kalau dah tak cukup bahan..kena la pepandai alter.
Nampak sangat hujung minggu kali ni dipenuhi dengan aktiviti makan-makan. Hoho.
No comments:
Post a Comment