Wednesday, July 28, 2010

Puasa


Alhamdullilah~ berjaya juga kuhabiskan puasa ganti yang tinggal sehari je lagi.
Alkisahnya patut habis awal yang sehari ni. Tetapi adalah peristiwa di mana I telah didatangi 'sahabat baik'.
Makanya batallah puasa pada hal masa tu lagi 1 jam nak berbuka T_T
Hari ni balik opis lambat sedikit berbanding hari biasa.
Masa balik tadi tinggal abang angkat 2 orang. Hari ini abang-abang angkat bertiga sibuk menguruskan server.
Kebetulan bos pun tak ada. Jadi kami buat opis itu seperti kami yang punya. Hehe. One day aku akan letak gambar aku bersama abang-abang angkat kat blog ni.

Sebenarnya aku nak cerita juadah berbuka puasa. Taraa~ Sila rujuk gambar di bawah. Itulah juadahnya. Goreng samosa cheese (cheese tu yg sedap), spinach masak tiram dan ayam masak tiram juga. Dan paling best Haazen Dags. Walaweh, bukan selalu I makan ais krim. Ini tahap tak tahan sebab tadi pergi farmasi borong stok coklat yang dah habis. Kat sini ais krim Haazen Dags je tak ada mono dan di. Lain-lain semua ada. Plus dah disahkan dengan K. Yan yang studi kat food tech. Dia banyak bagi info pasal halal food and ingredient instead of aku refer kat website. Siapa yang berpuasa hari ini bila tengok gambar food I, minta maaf ye. =) Tapi I idaklah pandai masak. Ni pun makanan sesedap rasa sendiri. Sendiri masak sendiri makan sendiri habiskan. Samosa tu 6 ketul..kalau tak habis..esok pagi breakfast. Sayur tu kalau tak habis boleh masak dengan spaghetti ala-ala buat mee goreng perencah tiram. Letak cooking cream skit. Itulah motifnya bila masak macam ni..esok pagi alter buat makanan lain. Mana nak masak dari A pepagi itu adalah sukar bagi aku.....hau hau hau. Tengok moodlah, kalau rajin itu tiba..bolehlah start dari A. Kalau idak..wassalam.



Yeah~ Long champ berjaya dibeli dengan harga yang marbeles. Sampai my SV pun tegur..amboi beli long champ ye. Sah, Dr pun suka long champ. Ye sekarang ni aku main beli je apa yang aku nak kan. Susah apa, bukan ada siapa aku nak tanggung. Simpan duit kahwin? Aku tak ada cita-cita pun nak simpan duit kahwin. Entahlah..simpan duit nak beli Cik Apple kaler silver ada la. Duit makan sendiri-sendiri, sikit-sikit kongsi dengan adik-adik. Bila berlebih sedekah jangan lupa. Rezeki Allah yang beri. Bak kata Kak Pah...u beli je apa yang u suka..bukan selalu macam ni. Balik nanti jeng jeng..tak sabar rasanya nak jumpa Cik Swiffy. Lepas ni I jadi Swifter. CIk Kellys tinggal kat kampung. Ramai yang berebut. Entri ni nampaknya bersifat keduniaan..kebendaan..Hua hua hua. Apa nak dikata. Selain matlamat utama aku..yang aku dok cerita ni adalah matlamat sampingan untuk jangka masa terdekat.

Kesian Kat Yinyan. Dia tak sihat hari ni. Selsema. Nak tanya dia pun aku tak sampai hati. Kerja dia banyak. DIa sangat baik hati bagi aku pinjam rice cooker bila dia tahu aku masak nanti atas dapur. Ouh, sangat terharu. Serius. Dia sangat ambil berat siap tanya apa halal food aku makan dan kat mana nak beli daging halal sebab dia nak masak untuk aku nanti. Maribel pula tengah vacation lagi. Rindu pula dekat dia. Tak ada orang nak sembang-sembang bila otak aku dah tepu. Tadi pun dah tepu apa yang aku buat dok termenung je. Nak sembang dengan July dia pun tengah busy. Jadi aku buat sendirilah cara-cara melegakan rasa tepu.


Ok la. Nak layan Laila Asyikin. Have a good day u olls!

4 comments:

  1. Sayang,

    Buat sendiri ke samosa cheese tu? Bagi akak resipi... Hihihi..

    Eh, longchamp tu aper? Sangat ketinggalan akak ini. Hihihi.

    ReplyDelete
  2. Ruby, akak pun baru tahu pasal mono and diglycerides tuh.. Tapi semua animal-based ke?

    ReplyDelete
  3. k. farina: tu tak tau source dia dari mana. stgh bagi tau animal or vege. tp banyak xbagi tau. paling xbleh nestle. jadi utk precautions ada mono-di saya tak amik. yogurt pun cenggitu.

    k.h-huda & k.teh:jgn tertipu dgn samosa itu. ia adalah instant based. hihi. tapi sgt ketagih ok.
    long champ itu adalah jenama bag frm paris. sgt mengujakan. akak try buka website dia. melelelh air liur.hehe.

    ReplyDelete