Wednesday, July 14, 2010

Rasa itu membawa aku ke mana-mana

Rasa ini telah membawa aku ke mana-mana. Tubuh ibarat melayang tak jejak ke bumi.
Adakah aku dan dia seperti Ain dan Adam dalam Keranamu Ain~ dua jiwa yang tersiksa kerana keadaan yang memaksa mereka memendamkan rasa sayang lalu membiarkan waktu yang berlalu membuat keputusan. Atau mungkinkah aku dan dia seperti Seera dan Fatah dalam Biru Ungu Cinta~ dua jiwa yang merana kerana terpaksa mengorbankan jiwa mengahwini orang yang tidak mereka cintai. Cuma kesudahannya di sini Ain dan Adam bertemu dan bersatu setelah masing-masing sedar betapa mereka membiarkan masa yang berlalu begitu saja melukakan hati sendiri. Bezanya Seera dan Fatah dengan kesudahan yang menyedihkan apabila Seera pergi untuk selama-lamanya dan meninggalkan Fatah yang terus terluka. Hah! Itulah, suka sangat baca novel Melayu sampai fikir apa yang rasa sekarang ni macam dalam novel juga. Aish~ Entahlah, keadaan memaksa begini dan aku rasa biarlah keadaan juga yang membetulkan segalanya. Dan aku harap detik-detik yang berlalu itu tak akan berlalu dengan sia-sia. When you want someone then he/she doesn't want you. When someone want you then you don't want him/her but...when both of you want each other..something has come and mess it up. Bersabarlah. Ciri-ciri orang beriman itu ialah sabar. Banyakkan baca tafsir Al Quran kerana di situ sumber kekuatan. Insya Allah.
Okeh. Tutup cerita emosi.

Baju raya dah sampai. Baju kurung moden. Adalah longgar. Aish~Apakah petandanya? Tak pe la. Longgar pun ok pe.
Em, hari ni Gord banyak sangat tanya soalan. Susah pulak tu. Nasib Yinyan ada back up. Yinyan siap bawa journal masa dengar lecture Gord sebab Gord ajar benda yang dia dah tahu. Dia join pun sebab nak temankan aku. Bila fikir balik banyak sungguh benda nak kena bawa balik nanti. Bila aku tenung-tenung balik, sejak datang Montreal ni macam-macam benda jadi pada aku. Baik kisah peribadi, pasal ofis kat Malaysia, pasal macam-macam lagi lah. Begitulah hidup, sentiasa diuji. Penuh drama. Nak nak orang yang dramatik macam aku ni. Karang email panjang berjela sampai mr a cakap dulu masa sekolah mesti selalu hantar cerpen. Isk isk. Cerpen adalah koleksi persendirian dan bukan untuk tatapan umum. Eceh. Okie la, I lapar sudah. Mahu mamam. Have a good day semua!

p/s: tiba-tiba masa dalam lab tadi rasa rindu sangat dengan student biotek permata pintar. diorang ni rajin juga contact. semoga budak-budak ni belajar dengan cemerlang. insya Allah.

No comments:

Post a Comment