Thursday, July 15, 2010

Jus Gastrik

Kadar rembesan jus gastrik adalah sangat bertambah setiap hari.
Inilah akibatnya bila makan lambat.
DIcampur juga dengan stress melampau yang turut menyumbang ke arah peningkatan jus gastrik.
Tidak kurang mendorong kepada putaran haid yang tidak teratur.
Walaweh! Gaya UKM sungguh. Tapi semua yang di atas adalah fakta.
Apa nak buat..sekarang ni pun tengah tunggu ayam goreng salut tepung masak dalam kuali.
Ringkas sebab aku macam malas nak masak benda yang renyah. Letih juga drive 1 jam 15 minit. Termasuklah mengharung jam atas Pont Champlain tu. Tapi tak apalah..demi tanggungjawab pada negara. Kuredah saja..macam senior-senior aku kat sabah tu..hehe.
Janji makan nasi. Perut kenyang.

Semalam contact orang Sheffield. Rajin juga aku contact diorang.
Kami ni golongan senasib dan mungkin akan buat support group each other due to unstable relationship between researcher. Siapa lagi yang nak faham kalau bukan golongan senasib. Tak sabar nak tengok pum dan wedges dari UK. WHoaa! Jauhnya beli. Clarks buat summer sale haruslah berbaloi berbanding beli kat Malaysia. Konsepnya sama bila aku borong Corelle kat sini. eceh.

Suka pula tengok Laila Asyikin kat TV3 tu. Antara faktor penyumbang ialah pasal ladang ternakan..maklumlah aku kan kena deal dengan data-data dalam ladang. SOmehow suatu hari nanti kena turun ladang. Keduanya sebab ada FA. Aku kan kalau FA berlakon memang jarang nak miss. Hehe. Lepas tu pasal..em...ntahla..jalan cerita dia macam..em..em..tak apalah..yang ni biar aku simpan sendiri. Tapi memang best la untuk dilayan. Okie la, nak pen off dah. Malam ni nak settlekan parcel.

Have a good day!


2 comments:

  1. borong corelle tak larat.borong kat i skalik ok!

    ReplyDelete
  2. ciss, ruby! tak cakap sana corelle murah leh aku soh ko kirim tauuu

    ReplyDelete