Adeh~ lama betul aku buat benda alah ni. Padahal file conversion je bukan develop system.
Itulah akibatnya bila skill programming dah lama tak asah. Karat! Nak fikir pun ala-ala rantai gerek bunyi lepas sapu minyak pelincir jenama Singer tu baru ok.
Ini nota yang Julie conteng kat buku nota aku. Dia dok ajar guna hash and keys dalam Perl. Entahlah otak aku ni lambat nak tangkap bab Perl. PHP cepat sikit. Tapi tak berapa sesuai PHP ni untuk large scale data. Jadi tak ada pilihan lain guna la Perl. Julie ajar aku faham. Sebelum ni dah pernah buat dengan Francis. Dia advance jadi cara ajar dia advance jugalah. Julie pun kata Francis memang minimize code bila buat programming. Lepas ni aku harap terror lah hash and keys untuk file conversion. Handle large scale data ni memang tak ada kerja lain melainkan data management and data conversion. Esok kena praktis lagi bagi mantap instead of inset data gff3 dalam database.
Ini pula kelas dengan Gord. Segala random, fixed, model nak kena kenal pasti dan run model untuk dapatkan variance, estimation, standard error la. Adeh~ Jenuh dow. Aku tau generate results tapi nak interprate yilek.
Letih..letih..dan letih...Tapi aku puas hati sebab programming part dah settle. Kalau tak jenuh dalam kepala fikir bila nak siap bila nak siap. Tak sempat nak sentuh sebab petang dah cuba latihan dari Gord. Asreml ni pula license. Kalau free boleh gak aku try kat rumah. Esok cuma insert dalam db, betulkan features kat Gbrowse. Whoa! Hari Jumaat yang indah. Harapnya.
p/s: quote hari ini:
"I see your face in my mind as I drive away
'Cause none of us thought it was gonna end that way
People are people and sometimes we change our minds
But it's killing me to see you go after all this time"
memang pun..itu yg aku fikir dalam kereta petang tadi
No comments:
Post a Comment