Izinkan aku menulis tentang hati.
Aku harap korang janganlah bersedih atau berhiba-hiba.
Kalau tak nak sedih..korang boleh tekan tanda pangkah kat sebelah kiri skrin.
Itu utk pengguna Mozilla Firefox.
Bukan apa bila dah tinggal sorang ni mulalah tersentuh...
Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir kenangan lalu selalu terimbau dalam ruang ingatan.
Barang yang lepas jangan dikenang. Tapi kenapa aku masih mengingati sepotong kenangan silam yang penah buat aku terluka, terguris, kecewa dan sedih.
Bertahun-tahun berlalu..kenangan itu terus menghambat diri.
Hidup adalah suatu perjalanan yang aku sendiri tak pasti bila penghujungnya.
Apa yang aku dalam hidup ni bukanlah mutlak tapi sekadar pinjam-pinjaman.
Dari Allah Maha Pencipta kepada aku hamba yang sangat kerdil.
Sebab tu bila aku rasa kecewa, sedih, terluka, merajuk, terguris, aku cuba mengawal diri.
Aku harus merelakan yang terjadi itu terus terjadi..kerana apa yang kita ada ini sekadar pinjam-pinjaman.
Betullah agaknya..kita mengingati dia bukan kerana kita masih mencintainya tetapi kerana kenangan itu terlalu perit untuk kita lupakan..
Ok, lupakan soal hati.
Hari ni aku dah mula tinggal sorang. Akak-akak ni dah balik Malaysia. Jadilah aku kembara sendirian di bumi Montreal. KOrang doakan aku ye supaya selamat di sini.
Aku tacing bila orang2 DLM sangat-sangat la concern. Yinyan kata jangan nangis. Dia ada. Kalau nak apa-apa bagi tahu dia. Datang rumah dia. Manon pepegi lagi dah tanya aku ok ke tak. Even tauke kereta sewa kat Boune Route pun sangat-sangat la baik hati layan aku. Tapi orang tu...dia ingat ke kat aku?
Oklah..nak dinner. Lapar sangat. Cuaca panas plak tu. Have a nice day peeps!
No comments:
Post a Comment