Saturday, July 10, 2010

Standing Still

Alhamdullilah. Hujan turun di Montreal.
Elok je aku keluar opis langit gelap bagai.
Hujan turun lepas keluar dari St Jean. Lebat pulak tu. Selalu tak pernah lebat macam ni.
Lebat sampai tak nampak jalan. Aku tawakal pada Allah masa tu. Nak nangis pun tak guna sebab dah memang aku sorang je dalam kereta. Bawa perlahan pun jalan tak nampak juga. Elok je sampai Dix30 hujan pun reda. Alhamdullilah.

Masa take a break untuk high tea aku pergi pantri minum nescafe.
Ngantuk nokss baca journal. Jenny ada tengah lunch. Aku kata jarang nampak u lunch.
Dia cakap lunch kat work station sebab kerja dia banyak sangat. Jenny ni Bulgarian. Aku dah agak sebab slang dia lain bila cakap. Jenny beza dengan aku 3 tahun. Rupa-rupanya dia saintis kat sini which means dia ada PhD. Patutla dia satu bilik dengan Dr Tun Ping. Fyi, kat sini kalau work station dalam bilik diorang saintis. Kalau workstation cubicle diorang technician. As usual bila umur 30 dah ada PhD maksudnya dia buat PhD straight. Maknanya dari degree belajar sampai PhD tak ada break. Memang dia cakap tak ada break pun. Sampai dia kerja kat sini pun dia break 1 bulan lepas habis PhD. Minah ni jenis workholic sebab aku selalu tengok dia balik lambat dan jarang turun lunch. Tapi tipikal kat sini yang aku nampak kalau korang bukan local people memang tak campur sangat dengan orang. Bukan tak kawan langsung...kawan tapi dia tak rapat la macam local people dengan local people. Mungkin sebab language sebab local people sini suka speak french. Jenny buat PhD kat Germany. Dia cerita macam mana dia boleh datang sini, settled down dan mulakan career. Dia kata dalam hidup ni jangan suka duduk comfort zone. Masa buat PhD dia dah plan apa yang dia nak buat dan macam mana nak settled down dengan husband dia. At last diorang plan migrate tu Canada. At the meantime she send resume kat sini. Husband dia pula kerja as pharmacist. Kat sini pharmacist hot stuff. Pilih Canada pun sebab abang ipar dia duduk sini jadi diorang pun buat keputusan why not come to Canada. Tapi husband dia yang mula dulu application PR kat sini. Masa tu diorang tak kahwin lagi. 4 tahun bayangkan..dia kat Germany husband dia kat Bulgaria. LDR. Lepas setahun husband dia dapat dan by the time dia dah habis PhD. Dia pun dtg Canada dan kahwin. Luckily she got PR within 2 months. Whoa. Cukup singkat sebab kalau ikutkan bertahun juga nak dapat. Tapi dia cakap mungkin sebab dia dah kahwin dengan husband dia tu yang kejap je prosesnya. Sembang dengan Jenny banyak yang aku belajar tentang pengalaman hidup masa belajar. Apa yang aku pernah alami masa buat research sama je dengan dia. Maknanya perjalanan orang yang buat research ni hampir sama je. Tapi bak kata Jenny kena berani buat perubahan hidup dan sanggup terima cabaran.

Pasal LDR Jenny, aku kata you are so lucky because u and your husband can survive even though 4 years being apart. Dia kata kalau sebelah pihak je yang make action memang susah LDR ni. Tapi dulu dia..tiap-tiap malam akan call husband dia. Masa tu bf lagi la. Tapi dia kata ramai je yang split sebab LDR. Dulu masa study sebenarnya dia tak kisah sangat sebab masa tu umur dia 22 tahun. Jadi dia might be possibility utk fall in love dgn orang lain kan..
Tapi tu lah..kalau cinta kita kuat ..akhirnya end up jugakla. Em, bila dengar cerita macam tu aku wondering pasal diri aku...ENntahlah, aku rasa LDR ni memang sucks untuk aku. Tak payah lah cakap kalau jodoh tak kemana kan..itu sekadar escapism. Bukan aku tak boleh terima suratan..tapi susahla nak cakap. Bagi diri aku work out utk LDR ni memang payah. Korang mungkin tak pernah rasa macam mana sucks nya LDR ni sebab aku dah 2 kali rasa sucks dan kali ketiga ni aku tak tahu lah betul-betul sucks ke tak. We'll see macam mana nanti.Disebabkan 2 kali tu yang aku rasa LDR ni sucks. Ya Allah banyaknya perkataan sucks.

WHoa! Next week dengan Gord. Course content dia dah hantar. Tadi dah review course tu dengan Guy. Em, ada juga yang kena cut sebab benda tu tak perlu as aku memang dah ada background utk tu. KEmudian aku terpana kejap bila part writing software package. Aiseh~ Tak terpikir aku kena belajar yang ni. Dah rasa buat PhD aku ni. Guy sendiri pun tak ok sangat nak masukkan writing software package dalam course content ni. Tapi aku happy jugakla sebab overall apa yang Gord senaraikan tu memang apa yang aku dah plan untuk minta dia ajar. Hopefully semua ok.

Tadi aku baca blog sorang akak ni dia letak lagu Yuna super something. AKu check lirik dia..tapi aku suka bab ni.


I was nothing more

Than a girl who wished

For something different

watchin her dreams

From a distance
............
You see

When you came in

It’s a different game

You believe in me so much

You turn me from nothing to a girl

Who’s super-something
......................
Then you came

You turn me upside down

I’m no longer afraid

Of chasing

Possibilities

I’ll be the last one standing

Okla peeps! Gua mahu dinner. Lapar sudah. Happy weekend ya!

1 comment: