Aku tak pasti apa yang menyebabkan nafsu shopping membuak-buak pada minggu ini.
Kalau sebelumnya aku tak ada hati pula nak pergi St Katherine tu.
Tapi minggu ni punyalah tak sabar nak cuti sampaikan hari Rabu aku ingat hari Khamis.
Rupa-rupanya ada yang menarik minggu ni.
Tujuan utamanya ialah nak pergi Body Shop. Body Wash gua sudah habis. Lepas tu nak beli scrub badan. Sejak datang sini belakang badan aku adalah sangan 'cantik'. Gua adalah sangat tertekan tahap gaban dengan 'kehodohan itu. Makanya pergi Body Shop bulan lepas dan SA tu cadangkan cuba Tea Tree For Blemish Skin. Alhamdullilah, kuranglah kegatalan dan kehodohannya. Tapi aku nak juga scrub sebab aku tak puas hati lagi. Jadi aku pun beli spa scrub edisi baru. Taraa~ Tengok gambar kat bawah ni. Em, sekali tak sangka dapat free gift. Food therapy dengan sample scrub perisa blueberry. Whoa! Mak dapat belian hebat nokssss! Patutla mak meronta-ronta nak shopping minggu ni. Lagi pun nak usha Long Champ tote bag. Dah lama ku mengidamkan beg ini. Sekali harga dia best sangat dan warna yang aku nak tak ada la pulok. Gayanya kena contact pn nadya kat UK. Dan harga UK lebih merbeles dari harga sini. Makanya aku akan order Long Champ dari UK. WHoa! Hah perempuan, lepas ni ko nak beli apa lagi eh. Semua dah lengkap ke??????
Aku suka dengan status FB SN jurufoto terkenal tu. Aku ni idakle reti menilai gambar. Yang aku tahu setakat lawa, tak lawa. Itu je la. Yang seni di sebaliknya idak le aku reti. Tapi aku sangat suka baca status dia yang penuh dengan kata-kata semangat. Ye, dia telah berjaya menginspirasi aku untuk terus berjaya dalam apa jua perkara. Macam nilah baru anak Melayu kan. Aku suka tengok life family dia dengan wife dia Dr I sebagai pensyarah. Hidup diorang sederhana dan jenis humble walau pun hakikatnya aku rasa diorang tu ada segala-galanya yang boleh bermewah-mewah. Tapi jenis humble kan. Itulah kehidupan..apa yang kita ada adalah pinjam-pinjaman. Tak perlu kita nak riak dengan apa yang kita ada. Kalau lebih rezeki kita kongsi dengan yang lain. Dan sentiasalah humble dengan kelebihan yang ada. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment