Wednesday, August 18, 2010

Cimbe*ng lagi

Whoa! Long champ sudah sampai. Alhamdullilah. Lama sudah ku menanti long champ ini. Dezahra pun da sampai. Sekarang tengah tunggu pump clarks. Long champ dengan pump ni memang ku pilih sedondon. Ngam ngam je. Idakla 100% serupa. Tapi aku ambil konsep mix and match. Pump mungkin atas kapal lagi.


Insya Allah semua benda ni akan aku rasmikan di Malaysia. Aku pilih warna base ni pun sebab banyak baju aku warna cream dan pink. So I think it could be a good combination. I think la. But yang penting gua selesa. Dengan pump yang lembut itu kuboleh meredah shopping complex dan berjalan sejauh mungkin. Dengan long champ ni kuboleh sumbat benda-benda yang praktikal. Tapi cik apple tetap tak boleh masuk. So sekarang dah puas hati. Tunggu cik swiffy je lagi. Oh ya bebaru ni suzuki keluar model baru Al*to*z namanya. Em, bila aku tengok balik CC sampai 1000 je. Sama je dengan Cik Kelly. Kalau 1.6 boleh juga aku pertimbangkan. Harga pun lebih kurang macam Cik Kelly. Tapi sebab konsepnya aku nak 1.6, compact car dan aku nak pakai bukan kereta buatan malaysia jadi..cik swiffy yang teratas. Insya Allah balik nanti selesai semua urusan ..adalah tu.

Tapi dalam pada itu aku macam weng hari ni sebab kad ATM masih lagi tak boleh keluarkan duit. Sengal! Dua kali aku telefon CIMB. Nasib baik hari ni customer service dia baik sikit dari semalam. Katanya diorang tengah upgrade dan update system. Jadi dia minta aku keluar duit waktu siang Malaysia. Masalahnya semlam jam 8 pagi waktu Malaysia aku cuba sengal juga kad ATM tu. Mujurlah ada K. Risya dan K.Faizah. Kalau tak mahu aku meroyan satu hari. Cash nan ado. Yang ado duit syiling sajo. Esok nak isi minyak nak guna apa? Pakai air liur kat uncle petrol canada tu ke? Bravo kat akak-akak ni sebab penyelamat aku. Aku pinjam dulu duit diorang. Kalau still tak fix lagi problem aku neh aku transfer online je duit aku ke local bank diorang. Untuk cash aku kena pakai duit derang.Selama sebulan ni macam tulah aku survive gamaknya. Harap-harap esok lusa cimbeng ok. Duuh!. Mujur K. Faizah kerja bank dulu jadi dia tahu la problem ni semua. Memang dia kata could be cimb system cause this matter.
Jadi sebagai mengenang jasa baik mereka hujung minggu ni iftar aku jadi tukang bancuh air soda bandung. Ehehe. Maklumlah rumah derang ada sirap. Rumah aku tak ada sirap. Menyirap ada la.

Tadi masa pergi marche kat bawah ada mamat yang jaga tu tegur aku. "How's Ramadan?"
"Good. But a lil bit tired"
"Yup. Me too. It's long rite."
"So, you too celebrate Ramadan?"
"Of course. I'm Muslim. From Pakistan."
Lepas tu aku pun sembang dengan mamat ni bla bla bla. Not bad la mamat ni. Comel-comel gitu. Tapi aku tau anak ikan je ni. Sebab dia study lagi.
"What are u doing here?"
"I'm working at St Jean."
"The french area?" * normally bila aku kata aku kerja kat St Jean orang downtown akan recognize area tu as french people stay.
"Yup."
"So u know how to speak french."
"No. But since it's international company so we use English in the office."
Pastu bla -bla bla. Selalunya kalau jumpa aku tengok dia. DIa tengok aku. Senyum-senyum. Lepas tu Bye-bye. Tetiba hari ini baru menyembang. And siap say take care. Haha. Well, normal la benda tu. Lepas tu semalam ada sorang uncle ni satu lif dengan aku. Tetiba bagi salam. Aku jawab la salam. Tapi dia ni piercing. Pastu aku tanya are u muslim? Then dia kata nope. But i know to greet salam. Cheh! Sesuka hati ko je eh.

Hari ni really tired. Lepas tulis blog ni aku rasa nak lena sat. Lepas tu baru mandi. Then baru start balik tengok proposal sebab tadi ting* ada mentol menyala. Tengah serabut fikir pasal cimbeng aku dapat idea untuk in house development. Em, but have to look up any journal related with this part. Er, sebut pasal proposal kawan aku ada tulis, kita ni asyik dengan research proposal je bila lagi nak dapat PC proposal? Haha. No idea. I wont talk much abou this. Tau tak PC tu apa? Tak tau tak apa. Budak kecik lagi. Hehehe. Okeh cau cin cau. Mahu tidur!


2 comments:

  1. kaler ape cik swiffy tu?? kasik laaa kiteorg rasmi nnt..tak pun..bwk laaa cik swiffy tu jenjalan ke ghanu nnt..heheeh :p

    ReplyDelete
  2. color merah atau grey.
    xconfirm lagi. tgk mata aku mcm mana.
    tp yg pasti bukan biru atau kuning la.
    haha. ye la. kalu nak rasmikan kena ada upacar gunting riben.

    ReplyDelete