Motif tetiba mak keluar statement ni? em, aku bukanlah nak masuk campur hal tepi kain langsir blog orang.
ini sekadar pendapat aku je. Aku blog hopping juga. antara masalah yang aku nampak
1.cik anon komen negative feedback pada blog orang.
2.blogger suka tayang benda-benda dia yang mahal dan mewah, kehidupan yang sweet-ini menjurus kepada sifat iri hati dan dengki blogger lain-itu pada orang yang ada sifat keji tu la.
Pada aku dunia blog ni biarlah dikongsi dengan sesuatu yang bermanfaat. Manfaat tu tak kisah la tak semestinya ilmiah. Boleh juga kongsi tips kecantikan ke, resepi memasak ke, cerita pasal anak murid sengal ke, pasal tips pjj ke, tips anak dara meletop ke. Aku kadang-kadang cemuih juga bila pergi blog dia dok pong pang pasal kebendaan sangat. pok pang pasal aktiviti seharian yang ntah apa-apa.Lastly memang lepas tu aku tak pergi dah blog yang macam gini. See, kalau tak suka kita ada pilihan. cau cin cau je la. tak payah la dok kutuk orang tu. lagi satu aku jarang la masuk blog mak mak yang cerita pasal anak dia. haha. melainkan kalu mak-mak tu kawan aku, yer aku masuk. lain-lain kumalas ar. buat perabih bateri cik apple je.
blog perempuan yang suka shopping pun aku kureng la nak masuk melainkan kalau dia shopping benda-benda yang aku rasa praktikal. Ini bebalik handbag bebalik handbag, bebalik kasut bebalik kasut. berapa banyak handbag ko nak tayang dekat orang. duuh. cuba le kreatif sikit dalam penulisan. Selalunya aku tengok dulu tajuk entri kat page orang lain. Kalau ada blog yang berbaur shopping confirm ku tak masuk. Gila bosan. Aku tahu itu hak masing-masing nak tulis apa suka hatilah kan tapi agak-agak la. Dulu, kemunculan awal aku dalam dunia blog ialah pada tahun 2005. eceh. ayat skema tak hengat. Aku kira waktu tu tak ramai pun perempuan masuk ke arena blog kecuali blog friendster. hahaha. Masa tu aku berblog di blogdrive untuk mengasah bakat dunia penulisan. Aku banyak tulis cerpen dan enovel. Dari situ aku jumpa blogger-blogger yang buat e-novel. Kitorang link each other. Kawan baik-baik gitu walau pun tak jumpa. Tak ada pun nak gaduh-gaduh macam orang sekarang. Sebab apa? sebab hati tak busuk. Tak dengki dengan orang. Sebab tujuan berblog ialah untuk berkongsi dan mengasah bakat dengan orang yang sealiran. Kita kalau niat baik dan betul insya Allah orang sekeliling kita akan baik dengan kita.
Sekarang ni ramai dah yang buat enovel tu terbitkan novel. Aku? Nan ado. Aish entahlah bila aku nak hantar manuskrip ni. Nantilah tengok cenggana. Sekitar tahun 2006 aku dapat jumpa seorang novelis yang aku kenal. Dan lepas tu aku jumpalah blogger-blogger yang lain. Okielah. Sekian terima kasih bebelan aku hari ni.
Hari ni masuk ayam masak kicap, sayur campur dengan cucur ikan bilis. Tak sahur semalam. Azab juga. Aku sampai keluar pergi tepi sungai tidur kat tempat duduk situ. Sejuk pula dah. Sejak akhir-akhir ini aku memang tak tahan sejuk. Adakah kadar lemak sudah berkurangan? Em, musykil gua. Ar, aku dah buat salam perantauan. Boleh la korang pergi link di sini ye http://xtive.kosmo.com.my/
Che Bie,
ReplyDeleteSebab tuh i hardly bloghopping.I baca kesah kawan2 ja.Haha.
p/s:salam perantauan,muka sangat zaman universiti!
Wei esok aku citer pasal anak aku dlm blog...ko kena baca tau. Kalau x nnt aku merajuk tarik muka.
ReplyDeleteKC: ate latar belakangnya McGill uni, harusla buat2 muka zaman universiti. ahaks
ReplyDeletebie: yer yer aku baca. kan aku da claim kat atas blog mak mak yg kawan aku je aku baca. haha.
wah.
ReplyDeletekat utusan, kat berita harian... ?
hihihi....
ruby, akak rindu blog lama akak la!~